Penyokong PAS Terlalu Taksub Dan Ego


Nampaknya sudah ada ketakutan yang sedang melanda semua penyokong PAS. Bukankah apa yang ingin dilakukan oleh Hadi awang itu sesuatu yang baik dan mulia ??

Demi masa depan anak bangsa…,kenapa penyokong PAS tak boleh menerima perkara ini???

Walaupun telah ternyata pernah menjadi sejarah dahulu di antara PAS dan DAP. Isu mengenai pembentukan Negara Islam..apa yang pernah seorang pemimpin DAP ucapkan dulu dikala Pas menyatakan hasrat untuk menubuhkan kerajaan Islam di Malaysia ??

Jadi, bagaimana mungkin PAS nak menubuh negara islam jika masih bersama dengan DAP ??

Cuba kita renungkan, fikirkan kenapakah bila Hj Hadi baru saja lontarkan idea Kerajaan Perpaduan (KP), secepat kilat pulak hentaman demi hentaman dari Pakatan Rakyat (PR) ke atas idea ini!

Tanpa sempat dengar, baca, bincang terlebih dahalu samada baik atau buruk.

Perhatikan, fikirkan siapakah yg mulakan hentaman! Mengapakah sampai begitu teruk sekali? Malang kepada ahli2 Pas yg terikut sama tarian putar PR!

Apakah Pas perjuangan Pas hanya pentingkan kuasa semata2??? Kalau beginilah keadaanya, memang PR lah yg terlampau berkehendakan kuasa!

Yang kononnya dengan kuasa saja dapat menghapuskan kezaliman, menegakan keadilan. Bagaimana dengan Islam??? Yg jelasnya bila Islam di depan keadilan datang, kezaliman pergi!

Apakah dengan PR berkuasa Islam didaulatkan??? Apakah jika masih "berpelukan" dengan DAP perpaduan islam dapat di martabatkan ??? - pusakaayahanda

0 comments:

Post a Comment