Belina Shop

Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

Mat Sabu Pelopor Fahaman Syiah?

Jika negara kita Malaysia menjadi huru hara seperti negara2
Arab seperti Iran & Iraq, org inilah yang akan dipertanggungjawabkan..siapakah beliau???
Adakah kekasih Chin Peng????


Tian Chua dan Mat Sabu - Mat Sabu nampak bengis, pemarah dan
tiada langsung keceriaan dalam dirinya..kesian!


Read More

Azmin Ali Hina Pengundi Bagan Pinang

Penulis sangat meluat dengan kenyataan Azmin Ali, pemimpin PKR yang menghina pengundi-pengundi di Bagan Pinang. Kenyataan ini disiarkan di dalam Rocky Bru.

Kata beliau:-

Dunia hari ini mendapat jawapan yang jelas bahawa UMNO menghalalkan rasuah dan rakyat Malaysia ( atau sekurang-kurangnya pengundi-pengundi di Bagan Pinang ) mendewa-dewakan Sang Perasuah.

Pada mulanya penulis mahu menolak ke tepi kenyataan Azmin Ali yang ternyata tidak dapat menerima kenyataan di atas kekalahan Pakatan Rakyat di Bagan Pinang tetapi kenyataan beliau terlalu menyakitkan hati penulis teruatamanya apabila beliau mula menghina penduduk Bagan Pinang!

Realitinya, kenyataan di dalam blog beliau ternyata menunjukkan kebodohan dan keangkuhan beliau. Penulis tidak sangka ada juga manusia yang bernama Azmin Ali di dalam dunia ini yang memandang rendah rakyat Malaysia!

Pilihanraya kecil Bagan Pinang telah dijalankan dengan telus dan adil tanpa berlakunya manipulasi di sebarang pihak. Keputusannya adalah suara rakyat Bagan Pinang yang majoritinya menyokong kepimpinan TS Isa Samad.

Azmin Ali sanggup memberi komen seolah-olah penduduk Bagan Pinang itu bodoh dan bangang serta tidak tahu untuk memilih di antara intan dan kaca. Lebih 8,000 pengundi Bagan Pinang dianggap tidak bijak ketika membuat pilihan.

Kepada Azmin Ali, cermin diri anda itu dahulu sebelum mengutuk orang lain terutama penduduk-penduduk Bagan Pinang.

Mulut anda terlalu celupar dan biadap serta tidak tahu untuk menahan diri daripada memberi komentar-komentar yang boleh menyakitkan rakyat Malaysia dan penduduk-penduduk Bagan Pinang.

Azmin Ali masih mencoretkan cerita lama Isa Samad padahal penduduk-penduduk Bagan Pinang telah lama memaafkan kesalahan Isa Samad dengan mengundi beliau. Mereka memilih pemimpin yang mampu menjadi wakil suara mereka dan Isa Samad telah terbukti sebelum ini.

Apakah maksud beliau iaitu 'mendewa-dewakan'?

Setahu penulis, beliaulah yang sebenarnya mendewa-dewakan Anwar Ibrahim sehinggakan perbuatan Anwar Ibrahim yang melanggar undang-undang, tertutup begitu sahaja.

Penulis amat kecewa dan mengutuk kebodohan Azmin Ali ini!

Dan jika beginilah tindak tanduk pemimpin-pemimpin pembangkang yang sour grape, tidak menerima kenyataan dan memperbodohkan hak pengundi-pengundi, penulis pasti mereka itu akan ditolak di pilhanraya yang seterusnya!


Read More

Anwar: "jgn risau, kepala lembu tidak dihidang la macha"

Berikut adalah gambar rumah terbuka kerajaan Selangor pada September 20hb. Anwar tengah tunjuk pada gambar hidangan makanan rakyat kerajaan Pakatan Selangor.

Gambar di bawah pula adalah gambar rumah terbuka Eid bersama Brader Anwar Bin Brahim pada Sept 22hb, 2009 di Telok Kemang yang dianjur oleh Dato Kamarul Baharian.


Persamaan dalam hidangan Majlis-Majlis atas adalah tidak ada lembu dihidang. Bayangkan makan ketupat dengan kari kambing? Apa ertinya lemang bagi orang Melayu Negeri Sembilan jika tidak dihidangkan dengan rendang daging (lembu).

Semuanya kerana ambik hati orang Hindu. Selama ini, bukan orang Melayu tidak peka mengenai pantang orang Hindu makan lembu, kita peka. Kita hidangkan lembu untuk orang kita yang boleh makan lembu. Bagi orang India, ada hidangan ayam atau dalca yang ada daging kambing.

Orang Cina ada hidangkan benda alah itu dalam Majlis mereka untuk mereka. Bagi orang Melayu, mereka hidangkan makanan yang mereka boleh makan. Itu cara kita bertoleransi dan mengambikira sensitiviti.

Terlampau sangat nak jaga hati orang Hindu, orang Melayu kena mengalah dan berundur. Tolak ansur lagi kita sampai nak raikan Majlis kita, budaya dan makanan kita pun kena pentingkan Hindu 7%???


Read More

Anwar: Saya akan berpisah dengan DAP

Sikap talam dua muka Anwar Ibrahim terserlah apabila baru-baru ini beliau telah menjanjikan dua perkara yang berlainan kepada dua golongan yang berbeza iaitu kaum Cina dan kaum Islam.

Akhbar Sin Chew dan Malaysian Insider melaporkan :-

The fiery orator had earlier admitted to troubles creeping up on the fledgling three-party alliance.

Tetapi beliau cuba mengalihkan tahap keterukan itu dengan mengatakan ianya 'satu atau dua masaalah' sahaja dan kononnya ada lorong terbuka di antara parti PKR, parti sekular DAP dan parti Islamik PAS.

Kepada orang ramai bukan Islam di dalam dewan, Anwar mengatakan bahawa beliau baru sahaja mengadakan perbincangan 2 hala dengan DAP Lim Kiat Siang dan Lim Guan Eng sebelum pergi ke Perak, dan akan bercakap dengan PAS DS Hadi Awang dan nombor 2 tidak lama lagi

He added the alliance leadership will be meeting next Thursday. (10 September 2009).

Hairannya, beliau memberi sedikit tetapi memberitahu mesej yang berlainan kepada orang ramai majoriti Melayu-Muslim di Surau NurulHuda di Batu 6 sejam selepas itu!

"Saya akan berpisah daripada DAP," beliau berjanji dengan ramai muslim lelaki yang berserban yang duduk sebagai penonton, jika parti sekular itu mempersoalkan kedudukan Bahasa Melayu, kuasa raja-raja Melayu, hak keistimewaan bangsa Melayu dan agamanya.


Kita tentu menggelengkan kepala melihat gelagat Anwar Ibrahim yang memutarbelitkan sentimen kepercayaan penyokong beliau sendiri.

Betulkah Anwar Ibrahim mahu berpisah daripada DAP seperti yang beliau janjikan di surau NurulHuda, tempat ibadat yang suci lagi mulia?

Apakah Anwar Ibrahim hanya sekadar menyedapkan hati penyokong-penyokong Islam beliau yang semakin hari semakin tawar hati dengan aktiviti beliau yang semakin kerap bersekongkol dengan parti 'langkah mayatku dulu' DAP?

Anwar Ibrahim telah berjanji akan berpisah dengan DAP dengan syarat-syarat yang beliau sendiri letakkan dan seperti yang kita ketahui, parti DAP telah melanggar beberapa syarat itu!Dan beliau berani sungguh berbohong di dalam surau!

Apakah Anwar Ibrahim akan berpegang kepada janji beliau itu?

Atau, penyokong-penyokong beliau yang sebenarnya ditipu hidup-hidup dan bulat-bulat oleh si pengkhianat bangsa ini?

Malah, peristiwa protes pembinaan kuil yang berlaku di Selangor baru-baru ini dan ura-ura yang mengatakan akan berlaku perubahan parti politik di dalam kerajaan negeri Selangor jelas menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim sebenarnya tidak mampu untuk membendung dan menasihati kroni-kroni politik beliau di Selangor.

Anwar Ibrahim juga sebenarnya tidak boleh duduk diam melihat situasi politik yang semakin meruncing di Selangor. Beliau tahu bahawa beliau sedang mengira hari untuk menyaksikan kejatuhan kerajaan 'bidan terjun' Pakatan Rakyat di sana!

Malah situasi di Pulau Pinang di mana peniaga-peniaga kecil orang Melayu dianak tirikan dan ditendang keluar daripada tempat perniagaan mereka di masa bulan Ramadhan juga menunjukkan ketidakmampuan Anwar Ibrahim untuk menasihati pemimpin-pemimpin DAP Pulau Pinang.

Hakikatnya, parti DAP hanya memperalatkan Anwar Ibrahim untuk kepentingan politik mereka sahaja. Anwar Ibrahim bakal seperti hampas kelapa yang akan dibuang begitu sahaja apabila santannya sudah diambil!

Apakah kita masih tidak nampak dan buta hati?


Read More

Pakatan Rakyat Kedah Hancur Lagi

Apa kah ini yang dikatakan reka menanti pecah. Para pemimpin PKR satu per satu keluar parti kerana dikatakan hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan.

Adun Lunas Mohd Radli Salleh keluar PKR dan mengistiharkan dirinya sebagai ADUN Bebas. Sementara itu Ketua Bahagian PKR Pedang Serai Jamaludin Abu Hassan mengistiharkan keluar PKR dan seterusnya membubarkan bahagian tersebut.

Tidak dapat dipastikan penyebab apa kedua-dua pemimpin PKR ini keluar parti, kerana telah ,menjadi kebiasan para pemimpin parti itu, apabila ada pilihanraya kecil, ada sahaja yang berlakon sebagai pemberontak, akan tetapi semua itu adalah sandiwara, apabila PRK akan melabuhkan tirainya, mereka akan bersatu semula.

Ada kemungkinan kali ini benar-benar berlaku, kerana para pemimpin ini telah yakin benar bahawa puncuk pemimpin PKR bermasalah. Jika demikian halnya, ada lagi kah pemimpin PKR akan ikut jejak, sama-sama kita tunggu pekekembangannya.

Akan tetapi Permainan Pakatan ini, telah berulang kali berlaku, sedikit masa dulu, DAP mengistiharkan dirinya Adun bebas, berberapa hari kemudian, tarik balik, kerana kerajaan PAS Kedah Patuh kepada demand Dap! kerana itu, bagi pengamat politik PKR atau Pakatan, jangan mudah terperangkap! terlalu banyak keganjilan mudah berlaku.


Read More

PAS 'Pak Turut' DAP & PKR

DAP, dengan bantuan PKR Berjaya lagi membuat PAS tersungkur meniarap menyembah tapak kakinya. Kali ini di Selangor, apabila Menteri Besar Khalid Ibarahim akur dengan kehendak Ronnie Liu.

Kerajaan pakatan rakyat Selangor menolak cadangan Pas-Hasan Ali agar kerajaan negeri mengharamkan penjualan minuman keras di kawasan majoriti penduduk Islam.

DAP-Ronnie Liu berjaya menawan hati PKR-Khalid Ibrahim, dengan fatwanya, arak boleh di minum oleh orang Islam kerana kandungan alkohol yang sedikit. DAP-Ronnie bebas menghalang tindakan PBT merampas penjualan arak di kawasan penduduk yang majoritinya Melayu Islam.

PAS-Hasan Ali, nampaknya terpaksa tunduk dan hanya mampu bergerak melancarkan kempen penerangan besar-besaran di seluruh negeri supaya umat Islam menjauhi arak di Selangor.

Mampukah PAS-Hasan Ali mengambil tindakan terhadap orang-orang Islam Selangor yang meminum arak seperti yang dilakukan oleh Mahkamah Syariah Pahang ?

Umat Melayu Islam di Malaysia perlu menilai cara kerajaan negeri Selangor menyelesaikan isu penjualan arak secara terbuka di kawasan majoriti penduduk Islam serta menilai juga cara perjuangan dan pendirian Pas menangani isu ini.

Selangor, semasa dibawah pentadbiran kerajaan Basional Nasional, wakil rakyat parti komponen seperti MCA dan MIC tidak akan mencampuri isu-isu sensitif yang berkaitan dengan agama Islam.

Tugas PAS-Hasan Ali bertambah berat apabila PAS di peringkat pusat juga tidak akan mencampuri urusan pentadbiran kerajaan Selangor dalam isu pengharaman arak, seperti yang ditegaskan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Kalau dulu kita telah melihat bagaimana PAS menelapak di kaki DAP pasal kandang babi di Kedah, lepas itu PAS juga berlembut dan menelapak di kaki DAP di Pulau Pinang, bila Jeff Ooi-Parlimen Jelutung menghina Islam dengan mengatakan Islam ekstremis dan tidak layak bersama dalam pentadbiran Negeri.

Selagi PAS mengharapkan DAP dan PKR untuk berkuasa, selagi itulah PAS akan terus meniarap di bawah tapak kaki DAP, selagi itulah PAS menjadi bacul dan dayus dalam menegakkan Islam dalam Negara.

Mengapa tidak, sudah banyak kita melihat PAS tunduk dengan kerenah dan kehendak DAP, PKR pula berperanan sebagai ‘barua’ DAP yang berterusan memperdaya PAS.

Di Selangor ada Ronnie Liu, Pulau Pinang ada Jeff Ooi, Kedah ada Thomas Su, ketiga-tiga ekor terpenting DAP dalam negeri pakatan rakyat ini telah mengambil tindakan yang sama menghina dan memperlekehkan agama Islam. Niat mereka sangat jelas, tiada langsung menunjukkan rasa penyesalan, jauh sekali mahu meminta maaf kepada umat Melayu Islam PAS mahu pun di negara ini.

Inilah gambaran bentuk kerajaan yang diidam-idamkan oleh Pas jika pakatan rakyat berjaya mengambil alih pemerintahan di negara ini. Sedangkan sudah jelas Pas dilayan seperti parti serpihan yang hanya menumpang kekuatan pakatan rakyat, manakala DAP dan PKR pemegang kata putus.

DAP tidak akan berhenti mencetuskan isu memperlekehkan umat Islam dan Pas kononnya berjuang untul Islam akan mempertahankannya, maka PKR menerusi pemimpinnya Anwar Al Juburi selaku ketua pakatan rakyat memuktamadkannya.

Kesudahannya perkara-perkara yang bertentangan dengan umat Melayu Islam akan mendapat restu Pas. DAP berjaya dalam tindak-tanduknya manakala PKR yang kononnya menjadi pejuang kepada masyarakat pelbagai kaum akan tunduk kepada desakan DAP.

Apakah, Pas benar-benar dapat melaksanakan undang-undang Islam jika dua sahabatnya dalam 'pakatan rakyat' secara terbuka dan terang menentangnya ?

Apakah PAS akan mencapai matlamat untuk memperjuangkan Islam jika terus kekal dalam 'pakatan rakyat' ?

Allah SWT telah memberi pertunjuk kepada kita, bahawa kepimpinan PAS sudah mula memperlihatkan wajah-wajah sebenar mereka, Islam sebagai tunjang perjuangan PAS hanya sebagai batu loncatan untuk mendapat sokongan umat Melayu Islam. Hakikat sebenarnya, PAS yang tamak kuasa ini hanya memutar belit, memecahbelah dan menipu umat Islam.

Sebab itulah kawan berani menyatakan perjuangan Islam PAS hanya sekadar bermegah pada bendera sahaja, hakikat sebenarnya tidak sebegitu. PAS tidak kurang juga dengan penganjur-penganjur ajaran sesat seperti ‘ayah pin’ untuk menyesatkan dan menghancurkan umat Islam.


Read More

PKR vs PAS - Berebut nak letak calon Penyangak


'Hello PKR, Permatang Pasir's ours'

PENANG - Penang PAS deputy commissioner I Dr Mujahid Yusof Rawa has asked PKR to respect the Pakatan principle of maintaining the status quo in respect of seats until the next general election and not ask to contest the upcoming by-election in Permatang Pasir, last held by PAS. [MM]

Now showing, like kami rakyat tak tau everytime PRK ada mid nite, ada prime time ada mesti tonton har har har

2. Expect more to come...

Poodah!

PKR cadang letak calon di DUN Permatang Pasir

BUKIT MERTAJAM: Segelintir pemimpin dan akar umbi Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencadangkan supaya parti itu meletakkan calon mereka untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir yang tradisinya milik Pas. [RUJUK]


Read More