Belina Shop

Showing posts with label Kontroversi. Show all posts
Showing posts with label Kontroversi. Show all posts

DAP Perak Mohon Maaf Isu Pijak Gambar Adun



Akibat dikecam pelbagai pihak, DAP Perak Rabu memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang tersinggung dengan perbuatan beberapa pemimpin parti itu memijak poster wajah tiga anggota Bebas Dewan Undangan Negeri Perak pada Ahad lepas.

Sambil mengakui perbuatan itu satu kesalahan, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming berharap isu berkenaan akan dapat diselesaikan secepat mungkin.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, Nga yang juga Anggota Parlimen Taiping, berkata parti itu bagaimanapun tidak akan mengambil tindakan terhadap tiga anggotanya yang meletakkan poster itu di pintu masuk ke konvensyen parti itu.

Pada konvensyen DAP Perak Ahad lepas, poster yang memaparkan wajah Hee Yit Fong (Jelapang), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) diletakkan di pintu masuk bertujuan agar perwakilan yang menghadiri konvensyen itu memijak gambar mereka.


Read More

I dont believe Hassan anymore.. Speaker cap Teng teng

Semalam I call Hassan, dia tak answer
Hassan kata dia keluar pergi meeting
Hassan kata dia keluar dengan MB Khalid
but when I called Khalid he said it wasn't true

So I drove my car pergi Office PR
Khalid kata maybe Hassan tengok bola
Tapi bila I sampai... dia, dia tak ada
Lagi la I jadi gila

So I called and called sampai Hassan answer
Hassan kata "sorry Teng, tadi tak dengar
My phone was on silent, I was at the cafe"
Tapi latar belakang cerita pasal 'lompat parti'

Sudahlah Hassan, I don't believe you
I've always known that your words were never true
Why am I trusted you?
I pun tak tahu
No wonder la Anwar pun tak suka you. Bluweksss!

So I guess that's the end of our story
Akhir kata Teng accepted Hassan apology
Tapi last-last kita dapat tahu Teng was cheating too
Tubuhkan Selcat lindungi PR sendiri..

opss! kantoi


Read More

Surat Seksyen 23 Kepada 2 Khalid 1 Rodziah



FAKTA TAPAK LOKASI KUIL DI SEKSYEN 23:

1. BERDEPAN DENGAN TAMAN PERMAINAN KANAK2 YANG TELAH DIBINA SEJAK 2005 DAN TELAH DIGUNAKAN OLEH KANAK2 UTK BERMAIN. ADA BASEBALL COURT, BUAIAN, GELONGSOR KANAK2, COURT UTK SEPAK TAKRAW DAN TEMPAT DUDUK SERTA WAKAF. TAMAN PERMAINAN KANAK2 INI CUMA DI SEBERANG JALAN DARI TAPAK LOKASI KUIL.

2. BERDEKATAN DENGAN DEWAN SERBAGUNA.

3. BERDEKATAN DENGAN RUMAH2 DI JALAN BONUS DAN JALAN TARIF.

4. TERDAPAT SATU TADIKA ISLAM DI JALAN BONUS DAN SATU TASKA PROTON DI JALAN TARIF.

PERJALANAN KE LOKASI KUIL DARI SIMPANG MASUK KE SEKSYEN 23:-

1. SESEORANG PERLU MELALUI JALAN BONUS DAN TADIKA ISLAM TERSEBUT TERLETAK DI PENGHUJUNG JALAN BONUS.

2. KEMUDIAN BELOK KIRI, SESEORANG AKAN MELALUI TASKA PROTON, DEWAN SERBAGUNA, TAPAK PERMAINAN KANAK2 SEBELUM SAMPAI KE LOKASI KUIL.

SILA DATANG SENDIRI DAN TENGOK DI MANA SEBENARNYA TAPAK LOKASI KUIL TU.
FAKTA TAMBAHAN :

1. AGAMA HINDU MENGAMALKAN AMALAN PEMUJAAN.
TUAN PUAN SANGGUP KE TENGOK ANAK2 ORANG MELAYU ISLAM DISAMPUK DAN DIRASUK SERTA DISERANG HISTERIA SETELAH BERMAIN DI TAMAN PERMAINAN KANAK2 TERSEBUT YANG BERDEPAN DENGAN KUIL TERSEBUT???!!! ITU BELUM TERMASUK BAYI2 ORANG MELAYU ISLAM YANG DIJAGA DI TADIKA ISLAM DAN DI TASKA PROTON. ITU JUGA BELUM TERMASUK ANAK2 JIRAN KAMI YANG TINGGAL DI JALAN BONUS DAN JALAN TARIF!!!

LIHAT SAJA SEKOLAH AGAMA YANG BERSEBELAHAN DENGAN KUIL DI KLANG, RAMAI PELAJAR KENA HISTERIA. ITU SEKOLAH. HABIS SEKOLAH, BOLEH BALIK RUMAH.

KALAU KENA SAMPUK DAN DIRASUK SERTA DISERANG HISTERIA DI DALAM KWS PERUMAHAN YANG DIDIAMI SENDIRI, BUDAK2 NI NAK PERGI KE MANA? BALIK KE RUMAH RODZIAH ATAU KHALID SAMAD???

2. SEJARAH PEMBINAAN KUIL, ‘DARI SEKECIL2 BUSUT BOLEH ‘HIDUP’ MENJADI SEBESAR2 MINI MARKET JIKA TIDAK DIBENDUNG. BILA DAH LEBIH BESAR DARI RUMAH TERES, TAK PAYAH NAK BANYAK CAKAP. MENYESAL PUN DAH TAK GUNA!!!

3. AKAN BERLAKU MASALAH ‘PARKING’ TERUTAMA PADA WAKTU KERAMAIAN DAN PERAYAAN. BILA TIADA PARKING KOSONG, TUAN PUAN FIKIR DIORANG NAK PARKING KAT MANA SEPANJANG2 JALAN DARI JALAN BONUS DAN JALAN TARIF TU? DEPAN RUMAH RODZIAH? DEPAN RUMAH KHALID SAMAD? SAMBUTAN PERAYAAN YANG DIADAKAN PULA BERMULA DARI LEWAT PETANG HINGGA LEWAT TENGAH MALAM!!! CONTOH TERDEKAT PERGI TENGOK SENDIRI DI SEKSYEN 19 & SEKSYEN 25. NAK JAUH SIKIT, PERGI KE TAMAN GREENWOOD ATAU TAMAN BOLTON DI BATU CAVES SAMPAI BOLEH NAMPAK GOLDEN STATUE TU DARI JAUH, BELUM PERGI DEKAT LAGI.

4. KAMI SUDAH LAMA BERSABAR DENGAN PERANGAI INDIA MABUK DARI SEKSYEN 25 YG DTG MEMBELI MINUMAN KERAS DI 99 SPEEDMART DI SEKSYEN 23. MINUM DAN MABUK SATU HAL. SATU HAL LAGI, BOTOL2 ARAK TU DICAMPAKKAN DAN DIBIARKAN BERSEPAH2 DI TENGAH JALANRAYA. SURAT2 BANTAHAN DAH BANYAK DIHANTAR TAPI HABUK TAK DILAYAN OLEH PARA PEMIMPIN ISLAM!!!SEKARANG NI PUN INDIA2 MABUK TU MELEPAK2 DAN BARING2 DI WAKAF DI TAMAN PERMAINAN. ADA KE BUDAK YANG NAK BERMAIN DI TAMAN PERMAINAN TU KALAU ADA INDIA2 MABUK DI SITU???

KALAU KUIL TU DIBINA DI SEKSYEN 23 YANG BEREPAN DENGAN TAMAN PERMAINAN KANAK, TUAN PUAN FIKIR APA AKAN JADI???

AKHIR SEKALI, KEPADA YG SUKA MENGHENTAM PENDUDUK SEKSYEN 23, SILALAH OFFER KAT KHALID SAMAD, RODZIAH & TOKEY KUIL SUPAYA KUIL DI SEKSYEN 19 DIPINDAHKAN KE KWS PERUMAHAN RUMAH TUAN PUAN SUPAYA KAMI DAPAT HIDUP DENGAN AMAN DAMAI. TERIMA KASIH.
-ehsan


Read More

Sebab Orang Melayu Membantah Pembinaan Kuil Di Seksyen 23

Sejak PR ambil alih selangor, kena lak Xavier pegang potfolio sekarang ini, banyak kuil dorang bina, pantang ada tanah sekangkang kera je, pokok besar ke @ busut, dorang pacak sebagai tanda, lepas tu dah dikira sebagai tanah tu untuk rumah ibadat. Ape cerita kalau dah setuju bina kat tempat asal, tapi nak pindah. Kalau tempat bersesuaian, mungkin orang boleh terima, ni dah le masjid punyalah dekat.

Takkan sebagai penduduk dekat situ nak dengar perang setiap MAGHRIB, kita sebelum azan tu masjid mesti pasang mengaji ayat-ayat suci Al-Qurran lawan dengan lagu yang dorang pasang untuk lawan bunyi mengaji??? Kalau tak percaya, datang sendiri tengok kat Kg. Berjuntai Bestari, tiap nak MAGHRIB, dorang saje pasangkan dengan kuat bacaan mentera dorang untuk lawan mengaji dekat masjid. Kalau nak tau, masjid dengan kuil tu dalam 100-200meter je.

Ape motif kerajaan PR buat macam tu?? Sekarang ni dah macam-macam cara orang kafir nak "mengkafirkan" orang islam.

Contoh ketara yang mungkin orang tak tau, kat Kg.Jawa, klang dekat dengan Sekolah di Jalan Raja Nong, awal tahun ni ada penduduk yang prihatin kat situ dah kantoikan sindiket bawak budak melayu yang ponteng sekolah untuk dibawa ke gereja di TTDI sebagai tempat nak buang masa dorang ponteng. 1 Van tu, dorang angkut. Macam anak ayam, siap bagi RM50 setiap sorang kalau setuju ikut.

bila dah "kantoi" dorang tukar strategi ambil kat lokasi lain dan tempat gereja pun di ubah ke gereja kat klang. Tak sedih ke, anak melayu mudah sangat ditukar agama secara tidak sedar dengan hanya RM50 setiap kali pergi. Tu belum lagi dapat komisyen kalau ajak kawan lain. SEDIH SIUT..

Bila bab agama ni, baik kita bersatu...tolak le sekejab taksub kepartian..tak kiralah UMNO ke, PAS ke, PKR ke...orang kafir dah pandang ISLAM ni memang hina.. tu belum lagi cakap pasal orang islam yang paling banyak ambil rasuah, menagih & pengedar dadah...dorang bukan islam, semua dorang tibai, janji ape yang boleh dimakan, yang boleh dijadikan harta, HALal & HARAM dorang sapu...


Read More

Permatang Pasir: Gobala Bawa Bala!

Menonton si Bala melempang polis semalam, naik juga darah saya kerana ia memaparkan Ahli Parlimen yang sepatutnya tahu undang-undang membuat sesuatu terhadap polis. Kurang ajar dan melampau.

Gunalah otak sedikit dan berlakonlah sebagai Ahli Parlimen bukan samseng yang mahu menunjukkan kekuatan kepada anggota keselamatan.

Jika marah sekalipun, jagalah tatasusila kerana si Bala ini mahu dipanggil sebagai Yang Berhormat. Lainlah memang berniat untuk mewujudkan ketidaktenteraman. Semua orang tidak suka tingkah laku anda. Kurang ajar dan melampau.

Saya nak ingatkan si Bala ini fikirlah tindakan kamu itu kerana kini seluruh rakyat Malaysia sudah melihat tingkah laku kamu yang kurang ajar kepada anggota keselamatan. Jika kamu samseng jalanan lainlah, tapi kamu Ahli Parlimen.

Ingat-ingat kita sedang memerhati kamu.

Jangan jolok sarang tebuan. Nanti kena sengat, bahaya tu.


Read More

Saksi: Beng Hock Di Ugut Sebelum Dibunuh

Benarkah ada saksi baru yang sebenarnya dapat memberikan jawapan kepada banyak persoalan dalam kes yang melibatkan kematian pegawai khas kepada Exco kerajaan negeri Selangor, Teoh Beng Hock.

Jika benar dakwaan wujudnya saksi baru tersebut, maknanya masyarakat sekarang sebenarnya cuba dibohongi dengan manipulasi fakta dan persepsi rekaan Tan Boon Hwa dan Gobind Deo.

Sebab itu wujud dakwaan mengatakan sebenarnya Gobind Deo sudah tahu siapa pembunuh Teoh Beng Hock, namun demi kepentingan politik anak kepada Karpal Singh itu cuba menutup kebenaran dan membawa masyarakat ke alam ciptaannya, iaitu menjadikan SPRM mangsa tuduhan kematian Teoh Beng Hock, sekaligus dapat menutup segala kepincangan yang wujud didalam parti DAP.

Suatu fakta yang kini adalah jelas adalah Tan Boon Hwa dikatakan telah bertengkar dengan Teoh Beng Hock di tandas, tingkat 14, pejabat SPRM, Plaza Masalam, selepas jam 3.45, pada 16 Julai 2008. Sebelum ini, umum difahamkan beliau merupakan saksi terakhir berjumpa Teoh pada pukul 6. 15 pagi sebelum dikatakan berlaku kematian saksi utama kes penyelewengan kewangan DAP.

Desas desus juga mengatakan keluarga Teoh Beng Hock sebenarnya tidak mahu isu ini dijadikan isu politik oleh pihak DAP, kerana keluarga Teoh sendiri sebenarnya sudah merasakan ada perkara yang tidak kena dalam DAP, dan sebab itu juga tunang kepada Teoh pernah mengatakan bahawa dia ingin berhenti dari memegang jawatan tersebut.

Namun disebabkan jawatan Teoh adalah jawatan politik, keluarga Teoh tidak dapat berbuat apa-apa dengan tindakan DAP yang menjadikan isu kematian Teoh sebagai isu politik.

Jika difikirkan logik akal kita, dakwaan kematian Teoh dikaitkan dengan SPRM adalah tidak berasas sama sekali, di pihak SPRM sudah tentu Teoh merupakan saksi penting terhadap segala dokumen yang diserahkan kepada SPRM untuk diakui, dengan matinya Teoh tentu akan menyukarkan kerja pendakwaan di pihak SPRM, kalau benar saksi itu ingin dihapuskan tentu kita sudah boleh mengagak siapa yang ingin melakukannya.

Pada malam siasatan terhadap Teoh dilakukan dikatakan wujud 3 lagi saksi lain yang turut berada dibangunan SPRM, seorang berbangsa Melayu dan tiga orang berketurunan cina, yang menjadi tanda tanya dua saksi berbangsa cina tersebut dikatakan enggan pulang walaupun sudah dilepaskan seawal jam 1.30 pagi dan 5 pagi.

Sebaliknya meminta izin kebenaran untuk berehat di bangunan SPRM, namun yang pelik dan janggal lagi ialah selepas hebohnya kes kematian Teoh, seorang saksi tersebut telah membuat saman ke atas SPRM atas dakwaan SPRM melanggar prosedur siasatan dan menahannya dari jam 8.30 malam hingga 1. 30 tengahari sedangkan faktanya dia sudah dibenar pulang oleh pihak SPRM jam 1.30 pagi sebelum diarahkan datang kembali ke pejabat SPRM keesokkannya dan pegawai SPRM sendiri yang ingin menghantarnya pulang ke kediamannya.

Adalah jelas sebenarnya Tan Bon Hwa cuba mengelirukan audien khalayak dengan tindakan samannya ke atas SPRM, kepada Tan Boon Hwa kalau ditakdirkan Teoh mampu hidup kembali beliau sudah tentu tersenyum sinis melihat lakonan anda. Realitinya Teoh cuba dipergunakan oleh Tan Bon Hwa dan DAP untuk menutup segala kelemahan dan penyelewengan organisasi.


Read More

Permatang Pasir: Gobala = Troublemaker

Blog PAS a.k.a kuda tunggangan DAP & PKR menaburkan taik-taiknya di telinga rakyat dengan menggatakan pemimpin Barisan Nasional tidak turun padang di hari penamaan calon. Buta mata ke buta hati ke aperrr dorang ni????????? HAPRAK punya blogger, blogger baru yang tak kenal pemimpin agaknya. Balik rumahh tanam taikkkk la wei! kahkahkahkahkah! Pemimpin BN semua ada TPM , Dato Hisham , KJ ,Datuk Liow , Tan Sri Koh ,Datuk Shahrizat, Ketua Puteri, Datuk Tengku Adnan. Mungkin puak2 PAS ini tak kenal kot sebab tengok pemimpin BN pakai mask.

Gambar selanjutnya di sini

kejadian provokasi pembangkang mula berlaku apabila kira-kira jam 11.15 pagi, Ahli Parlimen PKR kawasan Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang memang terkenal dengan gelagat provokatifnya telah membuat tindakan yang akhirnya mengundang kekecohan. Penyokong pembangkang yang cuba melepasi barrier polis dan ingin tunjuk samseng di depan penyokong BN bila Gobala start dulu mengejek BN dan pemimpin BN.

Pihak polis yang berada di situ seterusnya cepat meluru ke penyokong PAS dan meminta Gobalakrishnan menghentikan perbuatannya dan meminta beliau beredar ke kawasan yang disediakan untuk para penyokong berkumpul. Beliau enggan malah mula mencabar polis dan berlakulah tolak menolak. Gobalakrishnan akhirnya berlakon terjatuh dalam pergelutan hingga membawa pihak kselamatan menghubungi ambulans untuk membawa beliau keluar daripada kawasan berkenaan.

Insiden itu berlaku di depan penyokong PAS dan penyokong BN. Memang kurang ajar betul Gobala yang sukan buat kecoh sehingga beliau dikatakan cuba menampar polis yang menahannya jika kita melihat dalam rakaman video pihak media. Ini semua drama lakonan Gobala yang lazimnya dia akan cuba bikin kecoh pada hari penamaan Calon .

Komen Sharps Shooters: Lepas ni apa pulak comment Krishnan? Salahkan Polis? Sudahlah PAS, tak guna lagi kamu sembunyikan lagi keburukan penyokong fanatik, terlampau dan terover react. Perjuangkan Islam kononnya, dah macam tu penyokongnya diajar pemimpinnya. HANCUR!


Read More

Soaljawab dengan TGNA mengenai DAP Yang Stim Terover sangat

Soalan : Apa pendapat Tuan Guru mengenai gambar bogel ADUN di Selangor?

TGNA : Itu hak peribadi beliau, bogel la...!

Soalan : Tapi yang tukang amik gambar tu orang Islam...

TGNA :.................(special effect - bunyi cengkerik di waktu malam)

Soalan : Apa ulasan Tuan Guru mengenai beberapa pemimpin DAP yang menghina agama Islam?

TGNA : DAP hina Islam pasal dia bukan beragama Islam, yang lebih hina adalah orang Islam yang menolak Islam!

p/s: kesian Hassan...


Read More

PAS 'Pak Turut' DAP & PKR

DAP, dengan bantuan PKR Berjaya lagi membuat PAS tersungkur meniarap menyembah tapak kakinya. Kali ini di Selangor, apabila Menteri Besar Khalid Ibarahim akur dengan kehendak Ronnie Liu.

Kerajaan pakatan rakyat Selangor menolak cadangan Pas-Hasan Ali agar kerajaan negeri mengharamkan penjualan minuman keras di kawasan majoriti penduduk Islam.

DAP-Ronnie Liu berjaya menawan hati PKR-Khalid Ibrahim, dengan fatwanya, arak boleh di minum oleh orang Islam kerana kandungan alkohol yang sedikit. DAP-Ronnie bebas menghalang tindakan PBT merampas penjualan arak di kawasan penduduk yang majoritinya Melayu Islam.

PAS-Hasan Ali, nampaknya terpaksa tunduk dan hanya mampu bergerak melancarkan kempen penerangan besar-besaran di seluruh negeri supaya umat Islam menjauhi arak di Selangor.

Mampukah PAS-Hasan Ali mengambil tindakan terhadap orang-orang Islam Selangor yang meminum arak seperti yang dilakukan oleh Mahkamah Syariah Pahang ?

Umat Melayu Islam di Malaysia perlu menilai cara kerajaan negeri Selangor menyelesaikan isu penjualan arak secara terbuka di kawasan majoriti penduduk Islam serta menilai juga cara perjuangan dan pendirian Pas menangani isu ini.

Selangor, semasa dibawah pentadbiran kerajaan Basional Nasional, wakil rakyat parti komponen seperti MCA dan MIC tidak akan mencampuri isu-isu sensitif yang berkaitan dengan agama Islam.

Tugas PAS-Hasan Ali bertambah berat apabila PAS di peringkat pusat juga tidak akan mencampuri urusan pentadbiran kerajaan Selangor dalam isu pengharaman arak, seperti yang ditegaskan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Kalau dulu kita telah melihat bagaimana PAS menelapak di kaki DAP pasal kandang babi di Kedah, lepas itu PAS juga berlembut dan menelapak di kaki DAP di Pulau Pinang, bila Jeff Ooi-Parlimen Jelutung menghina Islam dengan mengatakan Islam ekstremis dan tidak layak bersama dalam pentadbiran Negeri.

Selagi PAS mengharapkan DAP dan PKR untuk berkuasa, selagi itulah PAS akan terus meniarap di bawah tapak kaki DAP, selagi itulah PAS menjadi bacul dan dayus dalam menegakkan Islam dalam Negara.

Mengapa tidak, sudah banyak kita melihat PAS tunduk dengan kerenah dan kehendak DAP, PKR pula berperanan sebagai ‘barua’ DAP yang berterusan memperdaya PAS.

Di Selangor ada Ronnie Liu, Pulau Pinang ada Jeff Ooi, Kedah ada Thomas Su, ketiga-tiga ekor terpenting DAP dalam negeri pakatan rakyat ini telah mengambil tindakan yang sama menghina dan memperlekehkan agama Islam. Niat mereka sangat jelas, tiada langsung menunjukkan rasa penyesalan, jauh sekali mahu meminta maaf kepada umat Melayu Islam PAS mahu pun di negara ini.

Inilah gambaran bentuk kerajaan yang diidam-idamkan oleh Pas jika pakatan rakyat berjaya mengambil alih pemerintahan di negara ini. Sedangkan sudah jelas Pas dilayan seperti parti serpihan yang hanya menumpang kekuatan pakatan rakyat, manakala DAP dan PKR pemegang kata putus.

DAP tidak akan berhenti mencetuskan isu memperlekehkan umat Islam dan Pas kononnya berjuang untul Islam akan mempertahankannya, maka PKR menerusi pemimpinnya Anwar Al Juburi selaku ketua pakatan rakyat memuktamadkannya.

Kesudahannya perkara-perkara yang bertentangan dengan umat Melayu Islam akan mendapat restu Pas. DAP berjaya dalam tindak-tanduknya manakala PKR yang kononnya menjadi pejuang kepada masyarakat pelbagai kaum akan tunduk kepada desakan DAP.

Apakah, Pas benar-benar dapat melaksanakan undang-undang Islam jika dua sahabatnya dalam 'pakatan rakyat' secara terbuka dan terang menentangnya ?

Apakah PAS akan mencapai matlamat untuk memperjuangkan Islam jika terus kekal dalam 'pakatan rakyat' ?

Allah SWT telah memberi pertunjuk kepada kita, bahawa kepimpinan PAS sudah mula memperlihatkan wajah-wajah sebenar mereka, Islam sebagai tunjang perjuangan PAS hanya sebagai batu loncatan untuk mendapat sokongan umat Melayu Islam. Hakikat sebenarnya, PAS yang tamak kuasa ini hanya memutar belit, memecahbelah dan menipu umat Islam.

Sebab itulah kawan berani menyatakan perjuangan Islam PAS hanya sekadar bermegah pada bendera sahaja, hakikat sebenarnya tidak sebegitu. PAS tidak kurang juga dengan penganjur-penganjur ajaran sesat seperti ‘ayah pin’ untuk menyesatkan dan menghancurkan umat Islam.


Read More

Terkutuknya DAP!

Artikel (salinan MP Kulim) Ketua Pemuda Kebangsaan Parti DAPSY YB Loke Siew Fook, merangkap Ahli Parlimen Rasah blog http://sjsandteam.wordpress.com tetapi malangnya telah ditutup. Yang Barua ini telah menghina Dr Ridhuan Tee gara-gara Dr Ridhuan mempersoalkan anak luar nikah Teoh.

"Who is this bastard of a Mohd. Ridhuan"
(siapa anak haram Mohd. Ridhuan ini);

"What sort of fucking Dr. r u"
(Dr pu... apa awak ni);

"Has everything be reduced to your fucking religion (iaitu Islam)"
(Apakah semua mesti menurut agama (iaitu Islam) pu... awak itu);

R your parents still alive mohd ? If they r not, their bones must be rattling in their graves,if they r they must be hiding in shame to know that a son they brought into the world is now considered a bastard by every non muslim n also by real muslims"
(Apakah ibubapa kamu masih hidup Muhammad? Kalau sudah mati, sudah tentu tulang mereka berantakan didalam kubor, kalau masih hidup, tentu mereka bersembunyi dengan penuh malu yang anak lelaki yang mereka lahirkan dianggap anak haram oleh setiap bukan Islam dan Muslim);

They would b happier now if they had flushed u down the toilet when u were born.
(Sudah tentu mereka (iaitu ibubapa Dr. Ridhuan) akan bergembira kini jika mereka mengepam awak (Dr. Ridhuan) kedalam lubang tandas semasa dilahirkan);

U have tainted your family with your stupidity for monetary gain. Your conversion was not through conviction, it was with an ulterior motive.
(Awak telah mencemar nama keluarga awak kerana kebodohan mendapatkan habuan duniawi. Kemasukan awak kepada Islam bukan kerana keyakinan, tetapi kerana niat tidak baik);

As for your children they won’t be carrying your name. They will be ahmad bin abdullah or something akin to that. 2 generations down they will be saying “I don’t know who the fuck my grandfather is. He was an arsehole who brought shame to the family”. They will be like bastards who can’t trace a family history.
(Bagi anak-anak awak pula, mereka tidak akan mewarisi nama awak. Mereka akan menjadi ahmad bin abdullah atau yang sewaktu dengannya. Dua generasi lepas itu mereka akan berkata, "saya tidak tahu siapa pu... datuk saya. Beliau adalah pu... yang telah memalukan keluarga". Mereka akan menjadi saperti anak haram yang tidak dapat mengesan salasilah keluarga mereka).

If u can be the president of the chinese muslim association I shudder to think what the other chinese muslims r like………? Thieves, robbers, criminals or some other unsavoury characters.
(Kalau awak (Dr. Ridhuan) boleh menjadi presiden Persatuan Muslim Cina, saya tidak tahu apa jenis cina muslim yang ada......?Pencuri, perompak, penjenayah atau penyangak).

p/s: siapa yang racist selama ini? DAP atau UMNO? Jawapanya, DAP


Read More

Kerajaan Selangor Dah Nak Tumbang? 88%


SHAH ALAM: Pas selangor hari ini mendesak kerajaan negeri mengugurkan Ronnie Liu sebagai ahli Exco kerana banyak tindakan beliau menimbulkan masalah kepada orang ramai.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali berkata ahli Exco Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Negeri Selangor itu sering campur tangan urusan pihak berkuasa tempatan.

Katanya, antara tindakan Ronnie yang dipertikaikan ialah mengarahkan penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Subang jaya (MPSJ) memulangkan minuman keras yang dirampas daripada peniaga yang melanggar peraturan. BERITA HARIAN.

Desakan Dr Hassan itu sejauh mana ketegasannya? Khalid akan bukak telinga nak dengar desakan yang dikira "baik xyah, buat susah aku je"? Petanda Kerajaan Pakatan Selangor ni dah nak dekat dengan tarikh luputnya? Kesian rakyat selangor bergelumang dengan maksiat dan segala air kencing syaitan berleluasa di sana sini dan itu semua adalah hasil daripada Kerajaan BARU. Tahniah rakyat Selangor yang 'amat'lah pandai memilih pemimpin.

Lepas ni Ronnie nak buat apa lg? Aktiviti pelacuran itu pun dia nak declarekan HALAL? Habislah Selangor...


Read More

Suruhanjaya Anjuran DAP

DAP mencadangkan naib pengerusinya, Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim mengepalai suruhanjaya siasatan bebas bagi menyiasat kematian setiausaha politik Exco kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata pihaknya mahu Tunku Abdul Aziz dilantik ke jawatan itu sekiranya kerajaan pusat memutuskan untuk menubuhkan suruhanjaya siasatan berkenaan.

"Seseorang yang mengetuai suruhanjaya siasatan berkenaan mestilah berkebolehan dan berintegriti. Kami rasa orang paling tepat adalah Tunku Abdul Aziz. "Beliau pernah menjadi pengerusi Transparency International (TI) Malaysia. Jadi saya rasa beliau amat layak," katanya di sini, hari ini.

ULASAN TM;

Elok sangat lah cadangan tu, TM cadang semua ahli suruhanjaya terdiri dari Fackatan Royob sendiri seperti

1. Tunku Aziz
2. Lim Kit Siang
3. Karpal Singh
4. Elizabeth Wong
5. Nik Aziz
6. Anwar Ibrahim
7. Zaib Ibrahim
8. dll


Read More

Jangan Main-Main Dengan....??!!

Bak kata Pua Chu Kang ... "DUN PRAY PRAY" lu belot gua, lu terbang dari bangunan tinggi. Inilah yang terjadi dan inilah hakikat sikap "mereka-mereka" ni. Yang aneh nya, "mereka-mereka" ini di sanjung oleh orang2 Melayu! Apa la nak jadi. Bila kita akan sedar. "Mereka" telah bersatu, kita bila lagi? Masih nak jadi KUDA tunggangan "mereka"? Mau lari laju, kasik pukul itu buntot! Sedarlah wahai umat Melayu, kita akan di hapuskan jika kita tidak bersatu. Jangan kerana kuasa kamu sanggup mengadai maruah bangsa dan agama kamu! Korang percayakan ANWAR IBRAHIM? Ini lah manusia yang telah berjaya memesongkan akidah dan perjuangan orang2 PAS. Inilah manusia yang mahu melenyapkan umat Melayu di Malaysia nih. Ini juga lah manusia yang tidak akan berhenti dari membuat fitnah, penipuan dan mengapi-apikan kita semua demi mencapai matlamatnya. Dan dengan izin ALLAH, aku harap manusia peliwat ini akan di sumbatkan ke dalam penjara! Aku juga harap hakim2 tidak melayan kerenah dan lakon layar ANWAR IBRAHIM untuk melengah2 kan perbicaraan liwatnya tu. Ini bukti peliwat dalam ketakutan, bersumpah laknat dia takut, masuk mahkamah pun takut, lagi korang nak sokong. Kalau benar kenapa takut?

Di selangor, Khir Toyo dan 4 lagi ADUN di gantung, kenapa? sebab kritik kerajaan PR Selangor. Mana kata kebebasan bersuara? Aku cadangkan semua negeri di bawah BN, gantung je ADUN2 PR yang byk bunyi di dalam dewan. Kata orang Melayu lama "FIGHT FIRE WITH FIRE" Selangor dah mula kelam kabut. Penang penuh dengan kontroversi. Melayu dan India di Penang dah mula DILUPAKAN. Kedah dah mula mundur macam Kelantan. Takde duit tebang balak. Perak, alhamdullilah KEMBALI aman damai dan makmur setelah kuasa dapat semula kepada BN. Manek Urai di bezakan oleh 65 orang pengundi. Jadi kita semua boleh nampak apa yang sedang terjadi. Cuma para penyokong fanatik PR je buat2 tak nampak. Aku dah tak tau nak kata apa kepada bangsa aku. Aku malu dengan apa yang terjadi. Kunun nak tegak Islam, tapi dah mula merepek macam org takder pegangan.

Wahai bangsa ku, jika kamu semua mahu melihat anak-cucu kamu nanti merempat di negaranya sendiri, teruskan lah menyokong Pakatan Rakyat. Tapi jika kamu ada harga diri dan mahu melihat anak cucu kamu terus berkuasa, sokongkah Barisan Nasional. Sedarlah, orang2 Cina dah mula mengutuk kita secara depan2. Mereka tidak lagi hormatkan kita sebagai kaum bumiputera dan majoriti. Sehingga di Selangor baru2 ni, ADUN kurang hajar telah mengutuk pemakaian SONGKOK di dalam dewan. Kamu semua masih nak sokong orang semacam ini?? Owh lupa lak, orang PAS tak kisahkan "songkok" tapi kalau "serban" jgn usik aaaaa! Orang PAS masih tak sedar, tanpa Melayu PAS akan terkubur! PAS perjuangan kan ISLAM, lantak la apa nak jadi dengan Orang Melayu kan.

Kita (Orang Melayu) dah di BODOH kan oleh Portugis dan Enggeris beratus tahun lama nya, sekarang adakah kita mahu di BODOH kan oleh ORANG CINA pulak? Orang Cina yang di bawa masuk ke Malaysia pada asalnya untuk melombong bijih timah je! Tak cukup2 lagi di PERBODOHKAN?

Satu janji aku, UMAT MELAYU BERSATU, MELAYU DAN ISLAM AKAN KUAT DAN MAJU! Mereka akan kembali hormat kepada kita. Aku dah tak sanggup lihat orang melayu di kuda, di maki, di ludah macam anjing!

Orang Melayu yang menyokong perjuangan Anwar dan Lim Kit Siang TIDAK layak sama sekali menjadi Orang Melayu. Aku ingat minggu lepas imam solat Jumaat di tempat aku berkhutbah "Orang-orang kafir ni, tiada halal haram, mereka akan buat apa sahaja asalkan mereka untung" Fikir-fikir kan lah.

Aku campur adukkan beberapa perkara dalam post ni sebab malas nak buat byk sgt post. PEACE N OUT!

Petikan Dari Blog Malaysia 2Day


Read More

Syiar apakah ini?

Dicopy dari blog UMNO Bagan Pinang

Berhala tertinggi di Asia yang baru siap di bina di negeri Serambi Mekah yang diperintah kerajaan PAS. Syiar apakah ini?

tengok!! tingginya mengatasi pokok kelapa dan lebih menyedihkan lagi mengatasi ketinggian kubah masjid di Seluruh Negeri Cik Siti Wan Kembang. Adakah ini suruhan Allah?


Read More

Che Mah burukan nama Datin Rosmah

Kawan bersetuju sangat dengan saranan Abu Hasan Majid, Pengerusi JKKK Kampung Gedung Lalang yang menyatakan, “wawancara yang memuatkan kenyataan-kenyataan negatif terhadap isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya memburuk-burukkan kampung mereka sahaja. Sepatutnya kita rasa bangga, orang kampung kita jadi orang besar,"

Kata Abu Hasan lagi, “ Saya tidak tahu mengapa mereka bercakap demikian dalam video itu. Saya rasa sedih dan bagai tidak percaya." Itulah luahan yang dikeluarkan oleh Abu Hasan dengan Malaysia Kini.

Wanita bernama, Che Mah Abdul Hadi (lihat foto), balu bekas Speaker DUN Negeri Sembilan, Datuk Ariffin Ali dikatakan membongkar segala keburukan isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sehingga Rosmah dilebel "perempuan puaka".

Komen yanggambi,

Apakah tujuan sebenarnya video klip ini dibuat ? Apakah mereka sudah kehabisan idea untuk mengaibkan serta menjatuhkan Dato’ Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia ?

Kawan tidak mahu sebut dari segi hukumnya bagi seorang Islam kalau mendedahkan keaiban orang Islam lain, setiap orang muslim semua tahu, lebih-lebih lagi pendokong-pendokong PAS.

Che Mah Abdul Hadi, pernah menjadi wanita dikenali masyarakat kerana isteri kepada bekars Wakil Rakyat di Negeri Sembilan, boleh dikatakan seorang wanita matang, kalau sekali pun tidak senang dengan sikap isteri Dato’ Sri Najib, adalah tidak sepatutnya mendedahkan perkara-perkara negative seperti itu.

Sepatutnya, Che Mah berbangga telah menyempurnakan satu majlis perkahwinan pasangan yang istimewa, Che Mah telah membantu pasangan yang hendak mendirikan sebuah Masjid. Sesungguhnya setiap perbuatan yang baik itu, Allah menjanjikan balasan pahala diakhirat kelak.

Tetapi mengapa Che Mah mengungkit di atas perbuatan baik ini yang mana telah dijanjikan Alah akan pahalaNya ?

Atau Che Mah tidak memerlukan ganjaran dari Allah,tetapi amalan yang dibuat itu minta diberi ganjaran besar oleh orang yang telah di tolong ?

Che Mah sanggup mengantikan pahala dari Allah dengan dosa, sebab itu Che Mah rela mengaibkannya pula. Terserahlah kepada pandangan tuan punya diri……..

Pendapat kawan, ijab dan qabul telah ditentukan Allah, memang sudah tertulis bahawa Najib dan Rosmah menjadi suami isteri yang sah. Walau pun Che Mah mendakwa membantu Rosmah mencari bomoh untuk memikat Najib, itu hanya sekadar sampingan sahaja, kalau sudah memang ada jodoh, mereka akan tetap bernikah walau sekali pun tidak pakai bomoh. Kalau Allah menentukan tidak ada jodoh bagi satu-satu pasangan, datanglah bapak bomoh dari mana sekali pun, tidak akan ada jodoh pertemuan itu.

Kesimpulannya, janganlah Che Mah hendak mencari publisiti murahan dengan mendedahkan keburukan orang lain. Jangan biarkan diri kita dipergunakan oleh orang lain yang semata-mata hendak mencari keuntungan politik.

Kalau sekali pun Rosmah tersungkur, Najib tersungkur kerana dendam Ce Mah, kawan rasa Che Mah tidak mendapat keuntungannya, yang untung orang lain, Che Mah akan hanya memperolehi dosa sahaja…………


Read More

Bila Penulis Skrip Kerajaan Perpaduan Syok Sendiri


PAS menutup cerita ‘wayang perpaduan’ yang skripnya ditulis Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Penamatnya pada Isnin, apabila PAS bersama sekutu mereka, PKR dan DAP sepakat menuduh idea pakatan perpaduan itu adalah fitnah, tohmahan jahat serta usaha terdesak UMNO dan Barisan Nasional.

Kononnya kerajaan terdesak dan tergugat dengan pembangkang yang semakin mendapat dukungan rakyat.

Sekaligus, ketiga-tiga parti itu mengulangi komitmen untuk terus memperkasakan pembangkang bagi membentuk kerajaan yang akan datang.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula pada petang sama menunjukkan dirinya yang sebenar apabila turut menuduh UMNO mempolitikkan isu kerajaan perpaduan manakala media perdana membesar-besarkannya.

Apakah Menteri Besar Kelantan itu mahu jadi sesumpah yang kerap berubah warna bila berdepan musuh?

Jika Ahad Nik Aziz yang selama ini keras menentang idea yang diluahkan Hadi tetapi kata beliau sudah beristiqamah dan mahu idea kerajaan perpaduan ikut saluran yang betul kenapa petang Isnin istiqamahnya mulai terpesong?

Antara jawapannya kenapa beliau mulai berlembut dengan kenyataan Ahad mungkin kerana selepas mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Barangkali ada yang tersirat disebalik kenyataan lembut Nik Aziz itu tambahan pula, Anwar bukanlah calang pemimpin jika tidak sentiasa memikirkan tindakan yang boleh memberi manfaat kepada pembangkang termasuk dirinya.

Ada yang berpendapat, Nik Aziz bertindak demikian kerana khuatir pemimpin PAS dan ahli yang bersetuju dengan idea Hadi tidak akan menyokong kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini.

Dalam PAS sebelum ini timbul desas desus kononnya kumpulan yang menyokong gagasan Hadi tidak dibenarkan turun ke Manek Urai malah poster Presiden PAS itu dikatakan juga tidak akan dipasang ketika berkempen.

Para pemerhati politik berpendapat, sebab ini ada benarnya berdasarkan kenyataan Nik Aziz selepas perjumpaan khas di ibu pejabat parti itu petang Isnin.

Selepas selesai membaca kenyataan empat baris berhubung perjumpaan itu yakni menyalahkan UMNO, menyokong keputusan pemimpin atasan PKR dan DAP yang menolak idea kerajaan perpaduan serta menarik balik kecaman terhadap Nassharuddin Mat Isa berkaitan isu itu, Nik Aziz menegaskan:

“Selepas ini semua pemimpin PAS yang ada akan turun kempen di Manek Urai,”.

Kenyataan itu merujuk kepada Hadi, Nasharuddin yang juga Timbalan Presiden PAS; Naib Presiden - Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, bekas naib presiden, Ahmad Awang, Ketua Dewan Pemuda, Nasruddin Hassan dan Ketua Muslimat Nurida Salleh dan Datuk Dr Haron Din yang hadir perjumpaan tersebut.

Pengumuman Nik Aziz itu tidak terkandung dalam kenyataan empat baris yang diedarkan kepada media selepas perjumpaan itu.

Nampaknya, PAS amat bimbing berdepan UMNO di Manek Urai.

Umum tahu, ketika parti itu nampak mulai pecah dengan idea kerajaan perpaduan serta tewasnya geng Erdogan pada pemilihan dalam muktamar PAS baru-baru ini, sekutu mereka, PKR dan DAP mulai meragui PAS.

Mahu atau tidak, demi mendapatkan sokongan PKR dan DAP di Manek Urai, Pas akhirnya memilih membelakangkan masa depan orang Melayu dan Islam di negara ini dengan menolak idea kerajaan perpaduan.

Kenyataan Mahfuz dengan analogi bahawa 'UMNO kini kehilangan tabung oksigen' apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan dengan kenyataan pimpinan pembangkang menampakkan betapa pemimpin PAS mulai riak dan takbur.

Kerana riak juga Nik Aziz semalam mahu UMNO minta maaf sebagai salah satu syarat menjayakan perbincangan kerajaan perpaduan.

Ada pemerhati yang berpendapat sebenarnya ada hikmah disebalik keputusan PAS menolak idea yang dibuat pemimpin mereka sendiri.

Walaupun ianya bukan ibarat meludah ke langit, tetapi ianya membuka pekung di dada pemimpin PAS dan membuktikan bahawa parti itu bukanlah berjuang untuk orang Islam dan Melayu di negara ini.

Barangkali mereka masih berpegang bahawa kerjasama dengan UMNO yang mempunyai komponen daripada parti orang Cina dan India adalah ‘kafir’.

Bagi PAS, merekalah paling arif hukum hakam agama dengan pemimpin yang tidak pernah buat salah.

Kini PAS samalah macam PKR dan DAP.

Pengundi di Manek Urai kini boleh menilai perjuangan sebenar parti yang sudah mulai terkeluar daripada landasan perjuangan yang pernah dipertahankan pemimpin terdahulu termasuk allahyarham Datuk Ustaz Fadzil Noor.

Ustaz Fadzil sepanjang hayatnya dikatakan tidak pernah menutup pintu rundingan termasuk dengan UMNO tetapi Nik Aziz adalah pemimpin PAS yang cukup phobia dengan usaha perpaduan ini. Dan Isnin semua skrip wayang kerajaan perpaduan –lengkap sudah!

Dalam erti kata lain, kini PAS tidak lagi boleh dianggap parti yang boleh menjamin survival orang Melayu.

Dan UMNO walaupun dilihat lemah, sebenarnya masih mampu memastikan nasib orang Melayu terus terbela.

- Agenda Daily
Baguslah hadi .. buat dosa banyak2..


Read More

Anwar Mengelat Lagi


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 Julai ini bagi mendapatkan lebih 10 dokumen daripada pendakwaan berhubung kes liwatnya.Permohonan itu sepatutnya didengar hari ini.Mahkamah juga menetapkan 8 Julai untuk mendengar permohonan penasihat PKR itu bagi membuang kes tersebut. Jika permohonannya ditolak, perbicaraan kes liwat akan bermula pada hari yang sama. Kesnya pada asalnya dijadual bermula 1 hingga 24 Julai ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Lega kejap DSAI. Tapi seminggu aje lewatnya. Bagus juga. Kalau DSAI ke US pun, sempat le dia balik.

2. He he he he he.................

3. Nak tanya sikit ! Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jala Setiakasih, Kuala Lumpur tu pejabat PKR ke atau rumag DSAI. Wan Azizah tahu ke DSAI ke sana dan tahu ke keujudan kondo tersebut. Ada ke DSAI maklumkan kepadanya samada kondo tu sewa ke beli. Dan untuk apa. Apa istimewanya Saiful hingga boleh tinggal di sini. Kalau PG nak sewa hampir RM 6000 ke RM 10000 sebulan.

4. Minum kopi kedai mamak pun baru RM 1 ke RM 1.50.aje . Sedap sangat ke kopi yang Saiful buat. Jawab le wahai Saifuddin ke AMK ke. Nak juga dengornya. Arifomar


Read More

‘Macam kanak-kanak [Nizar] berusia dua tahun’ - Speaker Dewan Rakyat


KATA Ahli Parlimen (MP) Bukit Gantang, jeritan yang berlaku itu adalah ‘spontan’ – yang kononnya mahu memberitahu orang ramai, dia bukan dirancang begitu rupa atau dipaksa oleh sesiapa.

Mohamad Nizar Jamaluddin ni nak bohong siapa sebenarnya? Kalau jerit adalah spontan, yang ikat kepala tu spontan juga ke? Atau ada orang ‘pegang remote control’ kot, bila mereka tekan ‘kekunci remote control’ maka terpancutlah kata-kata ‘hidup rakyat bubar DUN’ dari mulut sispontan ini.

Sesekali, nak ketawa juga membaca kenyataan Nizar ni tetapi sesekali, rasa nak marah juga kerana perangai ‘budak-budak dua tahun bergaduh di jalan raya’ seperti yang dkatakan oleh Speaker Parlimen, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, itu sebenarnya tepat!

Ini Parlimen. Inilah Parlimen yang pernah diduduki oleh Datuk Onn Jaafar, Lee Kuan Yew, Chan Man Hen, Tunku Abdul Rahman, Tan Sri Asri Muda dan ramai lagi. Mereka bukan kepalang hebatnya tetapi perangai tidaklah seburuk apa yang sudah Nizar tunjukkan baru-baru ini.

Bila Nizar lilit kepalanya, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming pun lilit juga. Mereka berdua dan dicampur dengan Nizar, jadi 3 N antara yang paling awal melilit kepada. Yang lain-lain, macam Dr. Hatta Ramli dan lain-lain, hanya ‘pelakon tambahan’. Tak ada apa-apa pun.

Yang rakyat kena tengok, 3N ini. Nizar, Ngeh dan Nga. Mereka tiga serangkai. Kalau bukan kerana Nizar arahkan Ngeh dan Nga, mungkin Nga dan Ngeh yang mengarahkan Nizar. Tetapi orang ramai tentunya percaya dan yakin, tentulah Ngeh dan Nga yang ‘pegang remote control’ itu.

Mustahil Nizar boleh ‘mengarahkan’ Ngeh dan Nga tetapi, tidak mustahil Ngeh dan Nga boleh mengarahkan Nizar! Ini pasti walaupun tiada siapa boleh membuktikannya kerana ‘perkara ini bukan perkara yang perlu dibuktikan’ melainkan dapat dilihat begitu.
Sebagai orang yang pernah menjadi MB Perak, walaupun hanya sekadar tempoh ‘ayam mengeram telur itik’ tetapi Nizar gagal menjadi seorang ‘pemimpin’ yang boleh dicontohi.

Nizar menampakkan dia lebih berwatak DAP dan PKR daripada seorang pemimpin dari parti yang sering menjanjikan syurga di akhirat kelak.

Allah swt tidak mengizinkan Nizar lebih lama duduk di kerusi MB Perak. Memetik kata-kata Menteri Besar Perak sekarang, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, ini baru satu peratus daripada tingkah laku sebenar yang ditunjukkan Nizar…

Teruk betul rupanya perangai orang Pas ini. Patutlah mereka sanggup berbaring di atas jalan raya bila orang dia sendiri terlepas jawatan Menteri Besar. Patutlah mereka sanggup menghalang kereta Raja Muda Perak daripada masuk ke istana.
Rupa-rupanya, kalau ada benda-benda ‘spontan’ begini, rakyat akan sedar bahawa ‘teruk betul perangai mereka ini’.

Lebih menarik, Nizar mahu mencipta rekod sendiri sebagai Ahli Parlimen yang pernah dihalau keluar dari Dewan, lima minit selepas mengangkat sumpah. Ada yang melihat kelakuan ini secara spontan menyifatkan Nizar sebagai ‘budak-budak’, iaitu lebih baik sedikit dari ‘kanak-kanak dua tahun’.

Budak-budak, mungkin sudah boleh dihantar ke tadika tetapi kanak-kanak, belum layak dihantar ke tadika tetapi mungkin pusat asuhan, boleh!

Nizar boleh pilih untuk digelar sebagai kanak-kanak atau budak-budak, tetapi kedua-duanya menunjukkan bahawa orang melihat Nizar sebagai seorang yang tidak dewasa walaupun usianya bukan usia kanak-kanak atau budak-budak.

Bayangkan Speaker hanya ‘meletakkan’ peristiwa ini sebagai ‘macam kanak-kanak berusia dua tahun’ yang memperlihatkan betapa rendahnya Nizar di mata orang lain. Nizar mungkin sedar perkara ini dan mungkin tidak tetapi dia sudah hilang rasional bila kerusi MB Perak terlepas dari tangannya.

Bayangkan apabila Mhkamah Rayuan membenarkan permohonannya buat seketika, kembali menjadi MB Perak, dipecatnya pegawai-pegawai kerajaan walaupun dia tahu bukan begitu caranya jika mahu mengambil tindakan terhadap Penasihat Undang-Undang Negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Cerita Nizar ini, mahu saya kaitkan dengan kisah ‘kucing kehilangan anak’ dan ‘ibu ayam mengeram batu’. Tentunya pembaca tahu apa yang saya maksudkan, bila fikiran kita tidak tenang dan kita tidak bersedia ‘kehilangan’ sesuatu.

Bila dapat jadi MB Perak, mereka halau bekas Menteri Besar Perak yang lama. Nasib baiklah bekas MB yang lama, Datuk Seri Mohamad Tajol Rosli bukan jenis macam Nizar. Buat ceramah dan menceritakan apa yang mereka perlakukan kepadanya.

Ketika Nizar enggan keluar dari kediaman rasmi Menteri Besar, mana ada apa-apa tunjuk perasaan dibuat oleh orang-orang Umno mendesak Nizar keluar. Nizar hanya keluar dari kediaman rasmi apabila menerima surat dari SUK.

Begitu juga, bila Nizar masih terus berdegil enggan menyerahkan semula kereta rasmi Menteri Besar, tiada siapa berbaring atas jalan raya membuat halangan perjalanannya supaya mendesak dia menyerahkan semula kereta rasmi itu.

Bila Nizar masuk pejabat MB semula, walaupun hanya beberapa jam, tiada rusuhan, tiada tunjuk perasaan dan tiada reaksi spontan yang orang Umno lakukan. Bukan kerana mereka takut tetapi kewarasan mengatasi perasaan dendam dan ketidakwarasan.

Mungkin, kalau Nizar boleh dihantar mengikuti kursus PLKN seperti yang dikatakan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yusof Mahal, mungkin perangai ini boleh berubah dan ia menjadi semakin waras.

Oleh Abdul Wahab Idrus


Read More

Modus operandi ini sangat diminati oleh DS Anwar Ibrahim


Dr Novandri Hasan Basri

Penulis ingin merujuk kepada satu artikel di dalam MalaysiaKini mengenai satu kes jenayah persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii. Di antara lain :-

Jenayah seksual luar tabii dipecahkan kepada beberapa seksyen dengan hukuman yang berbeza :-

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 377 Kanun keseksaan, iaitu persetubuhan luar tabii dengan haiwan, hukumannya ialah penjara sehingga 20 tahun penjara dan denda atau sebatan.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 377A iaitu persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii sama ada melalui mulut dan dubur, hukuman ialah penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

Seksyen 377C merujuk kepada persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan dan pesalah boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan manakala Seksyen 377CA iaitu perhubungan seks dengan objek sama ada melalui dubur atau kemaluan, hukuman yang boleh dikenakan ialah penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Dan setahu penulis, pesalah boleh dikecualikan daripada hukuman sebatan jika seseorang pesalah itu mempunyai penyakit yang memudaratkan seperti sakit belakang atau sakit leher.

Rakyat biasa mungkin tidak menghadapi masaalah dengan sistem perundangan negara dan menerima segala keputusan mahkamah dengan rela hati tanpa menuduh mahkamah berat sebelah atau pun menipu.

Tetapi, pastinya ada segelintir rakyat yang tidak akan berbuat demikian. Sebelum kes mereka didengar di mahkamah, mereka akan melaung-laungkan kononnya berlaku ketidakadilan pihak mahkamah dan menuduh sistem tersebut tidak bebas.

Mereka juga akan mengatakan bahawa mahkamah telah menghukum mereka sebelum kes tersebut dijalankan lagi.

Modus operandi ini sangat diminati oleh DS Anwar Ibrahim, orang yang didakwa meliwat Saiful Bukhari. Beliau akan menekan sistem mahkamah sehingga mampu mewujudkan rasa ketidakyakinan pihak mahkamah terhadap diri sendiri dan juga lawan Anwar Ibrahim.

Mungkin bukan tidak percaya tetapi persepsi 'ketidakadilan mahkamah' yang dihujahkan oleh Anwar Ibrahim sebelum kes beliau bermula, terasa begitu menyengat dan boleh menjatuhkan kredibiliti pihak mahkamah!

2 finale yang bakal terjadi tentang kes liwat Anwar Ibrahim dan 2 respons yang berbeza akan diutarakan oleh beliau :-

1. Beliau didapati bersalah - Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang berita besar-besaran yang terdiri daripada pelbagai agensi media termasuk luar negeri. Di antara lain, beliau pasti akan menghina serta menuduh pihak mahkamah tidak adil, berat sebelah dan mengikut telunjuk kerajaan BN.

Beliau akan mengemukakan rayuan di mahkamah rayuan dan kes tersebut akan ditangguh dari masa ke semasa seperti yang berlaku hari ini. Tentunya, proses penangguhan itu akan berlarutan panjang sehinggalah jika tiba satu masa apabila Anwar Ibrahim diberi kuasa di dalam kerajaan dan menyalahkuasakan kuasa eksekutif untuk over ride sistem mahkamah yang satu ketika dahulu beliau tuduh di bawah telunjuk kerajaan BN. Tapi kita semua pun tahu bahawa masa itu tidak akan muncul tiba.

Janganlah kita terperanjat dengan kebolehan salahgunakuasa tersebut kerana Anwar Ibrahim pernah dipenjara bertahun-tahun lamanya kerana di dapati bersalah menyalahguna kuasa semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu.

Penyokong-penyokong Anwar Ibrahim akan mengadakan protes dan berarak di tengah jalan serta merosakkan harta awam.

DS Mohd Nizar Jamaluddin berkemungkinan akan mengulangi 'aksi sarkas' beliau di dalam parlimen dengan melaungkan 'Hidup Anwar' dan kemudiannya melilitkan kain bertulis 'Anwar Bukan Peliwat' di kepala beliau bersama-sama rakan pembangkang dan kemudiannya akan dihalau keluar dari dewan tersebut!

2.Beliau didapati tidak bersalah - Beliau akan memuji sistem mahkamah kerana transparens, berani dan telah mendengar suara rakyat.

Beliau akan melaung-laungkan bahawa kemenangan beliau tersebut adalah kemenangan rakyat pada hal beliau seorang sahaja yang meliwat dan bukannya kita, rakyat Malaysia!

Orang yang lupa daratan dan tidak mengenang budi seperti Zaid Ibrahim akan turut tampil ke depan memuji hakim-hakim tersebut dan mengatakan telah berlaku transformasi sistem perundangan yang lebih liberal dan cekap.

Karpal Singh yang satu ketika dahulu musuh politik Anwar Ibrahim dan pernah mendakwa mempunyai bukti kukuh tentang aktiviti luar tabii Anwar Ibrahim, akan senyum lebar kerana undang-undang negara dapat dimanipulasikan sekali lagi dengan jayanya.

Penyokong fanatik Anwar Ibrahim akan bersorak euphoria kerana pemimpin mereka itu berjaya 'dibersihkan' oleh sistem undang-undang yang dicipta oleh manusia yang terkenal dengan kelemahannya.

Mereka sudah lupa bahawa Anwar Ibrahim telah memperlekehkan Islam dengan tidak mengangkat sumpah seperti Saiful Bukhari. Beliau tahu bahawa sistem ciptaan manusia banyak loop holes nya dan tidak berdosa seteruk menggunakan sistem agama Islam.

Mereka juga sudah lupa bahawa Anwar Ibrahim pernah berbohong kepada dunia bahawa doktor di Hospital Pusrawi telah mengesahkan bahawa Saiful tidak diliwat padahal doktor tersebut tidak pernah langsung menulis diagnosis tersebut. Ramai yang tertipu sehinggalah ke hari ini. (klik di sini...)

Dan beliau juga tahu bahawa beliau mempunyai ramai pengikut fanatik yang tidak akan berubah hati walau pun Anwar Ibrahim bersalah di depan mata mereka. Pengikut-pengikut itu sudah tidak mahu lagi dibawa berbincang atau pun membuka minda mereka untuk menilai karakter sebenar Anwar Ibrahim dan kehadiran pembantu-pembantu beliau yang 'jambu-jambu'.

Pokoknya, Anwar Ibrahim akan terus wujud di dalam senario politik negara untuk lama lagi. Dan jika rakyat sudah mula melupai beliau, beliau akan mengeluarkan topik-topik kontroversi supaya rakyat kembali bercerita dan mengingati beliau.

Canggih tektik beliau itu tapi sudah mula mudah dibaca oleh rakyat Malaysia yang boleh berfikir.

Sumber Novandi


Read More