Belina Shop

1 Ogos! Kita Sokong ISA!


Read More

Pemimpin Yang SUKA Menyalahkan Orang Lain


seorang pemimpin yang hanya pentingkan diri sendiri dan impian untuk jadi perdana menteri, sanggup mengadai maruah bangsa, agama dan negara. Jangan kita biarkan ini terjadi

Pihak pembangkang begitu bijak mengambil segala kesempatan. Memanupulasi segala keadaan tanpa memikir dan mempertimbangkan apakah akibat yang akan diterima oleh rakyat dan kerajaan. Bagi mereka segalanya yang mereka lakukan adalah wajar dan halal. Mereka telah menanamkan sifat demikian kepada semua penyokongnya. Soalnya apakah kita sedar bahawa DSAI adalah seorang pemimpin yang kononnya memperjuangkan rakyat namun setiap masa menjadikan rakyat sebagai perisai dan benteng pertahanannya. Beliau bukan berjuang untuk rakyat tetapi mempergunakan rakyat untuk berjuang untuk dirinya.

Berikit adalah posting dari blog seorang sahabat dari Pahang, yang sesekali patut juga kita baca tulisannya yang tidak kurang menarik. Ini saya ambil dari blog amincenor.

Nampaknya suasana menjadi kecoh apabila seorang pembantu khas kepada seorang exco di selangor telah didapati mati selepas disoal siasat oleh pegawai SPRM. Dan yang menjadikannya lebih dramatik apabila mayatnya dijumpai di tepi bangunan SPRM yang dipercayai jatuh, terjatuh ataupun dijatuhkan. Walaupun penglibatan pegawai SPRM boleh lah dikatakan hampir 90% tidak akan terlibat. Namun persepsi rakyat boleh manipulasikan dan ini adalah kepakaran PR dalam memainkan persepsi negatif terhadap SPRM.

Tanpa menunggu masa yang panjang seolah-olah seperti penagih dadah mendapat dadahnya maka pemimpin PKR dan DAP dengans serta merta membuat demonstrasi ni Pejabat SPRM ( demokrasilah katakan). Dengan di ketuai oleh Menteri Besar Selangor , Tan Sri Kahlid penyokong PKR dan DAP lebih bersemangat lagi mengutuk SPRM dihadapan pejabat mereka. Perkataan seperti Hancur SPRM dan Jahaman SPRM ( macam Abu Jahal ngutuk Nabi SAW dulu....kiasan sahaja) di depan kaabah ketika Nabi SAW dan para sahabat beribadat dan berdakwah di kota Mekah. Alhamdulillah yang benar pasti akan datang mengatasi kegelapan dan penipuan.

Tentu sahaja ketika ini pihak polis terpaksa bekerja keras untuk memastikan kes ini selesai dengan cepat supaya persepsi negatif kepada agensi kerajan ( Oppss..Suruhanjaya ) seperti SPRM ini tidak menjadi mangsa mainan politik pembangkang. Walaupun sekuat mana pegawai SPRM menghina UMNO dan Kerjaan BN di pusat ketika menyiasat ahli UMNO/BN tetapi tidak pernah UMNO/BN cuba untuk bekonfrantasi dengan suruhanjaya kerajaan seperti SPRM ni. Ingatkan apabila pembangkang bersetuju menubuhkan SPRM dulu maka mereka tetapi akan membelanya tetapi ibarat melepaskan anjing tersepit , sudah dilepaskan digigitnya pula.

Banyak juga komplen yang kita dengar mengenai cara siasatan SPRM yang tidak begitu disenangi oleh rakyat dan juga pegawai kerajaan yang lain. Tetapi kuasa besar yang ada pada mereka menjadikan mereka kelu dan tidak tahu untuk mengadu kepada sesiapa berkenaan perka ini. Perkataan seperti "aku lebih berkuasa dari polis", "aku hanya ikut KYDMM Agong bukannya Perdana Menteri" , serta penghinaan dan ugutan semasa soal siasat juga mempengaruhi emosi mangsa( ...mungkin). Tetapi kita juga tidak boleh menolak dua faktor lagi iantu kemalangan dan kecuaian sendiri dan satu lagi ialah konspirasi politik oleh orang tertentu untuk memastikan rahsia mereka yang ada pada Teoh beng Hock di dibocorkan pada orang lain. Dalam dunia yang serba moden apa sahaja boleh berlaku dan tiada yang mustahil.

Sesungguhnya saya percaya bahawa Allah SWT paling berkuasa dan dia juga berkuasa untuk menguji seseorang itu. Mungkin kerana seseorang sentiasa memohon supaya dia diangkat jadi pemimpin dan mengutuk pemimpin sebelumnya maka dia gagal menghadapinya. Tan Sri khalid sebagai Orang Nombor satu di Selangor sepatutnya bertanggungjawab kepada keamanan dan agensi kerajaan di bawahnya tetapi beliau sebaliknya terpengaruh dengan permainan politik DAP yang cuba menghuru-hara negara yang aman damai supaya dapat mengambil alih kerajaan Islam yang ada ketika ini.


Read More

Suruhanjaya Anjuran DAP

DAP mencadangkan naib pengerusinya, Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim mengepalai suruhanjaya siasatan bebas bagi menyiasat kematian setiausaha politik Exco kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata pihaknya mahu Tunku Abdul Aziz dilantik ke jawatan itu sekiranya kerajaan pusat memutuskan untuk menubuhkan suruhanjaya siasatan berkenaan.

"Seseorang yang mengetuai suruhanjaya siasatan berkenaan mestilah berkebolehan dan berintegriti. Kami rasa orang paling tepat adalah Tunku Abdul Aziz. "Beliau pernah menjadi pengerusi Transparency International (TI) Malaysia. Jadi saya rasa beliau amat layak," katanya di sini, hari ini.

ULASAN TM;

Elok sangat lah cadangan tu, TM cadang semua ahli suruhanjaya terdiri dari Fackatan Royob sendiri seperti

1. Tunku Aziz
2. Lim Kit Siang
3. Karpal Singh
4. Elizabeth Wong
5. Nik Aziz
6. Anwar Ibrahim
7. Zaib Ibrahim
8. dll


Read More

PR kena H1N1 tahap gila babi kut

Memang dasar komunis sungguh, sama dengan cara Yahudi, tak pernah salahkan diri sendiri. Apa punya jenis manusia la orang Dap ini? Dah kena H1N1 tahap gila babi kut.

Sepatutnya Dap kena tembak sesama sendiri macam cerita cowboy, untuk mencari kebenaran dalam kes-kes rasuah dan salah laku mereka. atau buat macam hara kiri di Jepun.

Kalau menuding jari ke arah orang lain, maknanya mereka meletakkan kesalahan pada bahu orang lain.

Pas pun pening-pening lalat, tak berani nak komen dan beri ulasan terhadap isu Dap. kecut macam sarang tebuan kena bakar.

Apa komen Nik Ajiz? Adakah kematian Hock angkara BN? Anwar punya bagaimana?


Read More

Chua Jui Meng Join Parti Kotor Rakyat


Chua Jui Meng letak jawatan dalam MCA terus lompat ke Parti Kencing Rakyat. Eh? Ade abang Anwar.. wah wah! Scandal politik terbaru nie. Ntahlah, aku pun peliks dengan budaya lompat parti ni. Macam sewel pun ade gak, berapa kupang agaknya Anwar bagi kat Jui Meng. Sedih aku, aku sedih kerana Anwar semakin hari semakin membuat dosa tanpa menyedari tiketnya ke syurga telah pun dihapuskan.

Lihatlah senyumannya yang penuh dengan segala tipu muslihat. Katanya dialah pejuang bangsa dan negara, katanya lagi pakatarn rakyat yang layak memtadbir negara. Katanya lagi, Barisan Nasional adalah parti yang corrupt. Katakan apa saja, Barisan Nasional akan terus memimpin negara ini ke arah yang lebih maju, bukannya berceramah sana sini, buat perhimpunan sana untuk menyesatkan pandangan rakyat dengan fitnah yang tidak berasas.


Skandal politik terbaru, Jui Meng & Anwar

Sasanya badan.. kehkehkeh!

Chua Jui Meng (66) (gambar) sah masuk PKR. Punca keluarnya mantan menteri kesehatan ini daripada parti MCA kerana kecewa tidak dapat memenuhi hasratnya menjadi orang nombor 1 parti komponen BN itu.

Setelah mengecap keistimewaan selama 22 tahun sebagai menteri penuh kabinet, maka pada tahun 2005 mencoba nasib bertanding presiden parti melawan Ong Ka Ting, tetapi kecundang. Hasratnya menduduki kerusi no 1 MCA dicuba lagi pada 2008 menentang Ong Tee Kiat, pun tewas juga.

Dengan hanya berpegang jawatan ketua bahagian MCA bagi Bakri, Johor, anak watan Johor ini merasakan bahawa masa depan politiknya hampir padam. Kerana itu lah, angin perubahan bagi dirinya perlu ditiup agar namanya tidak lenyap di kanca politik tanah air.

Apakah andaian ini benar ataukah kerana terlalu kecewa mengejar jawatan mengakibatkan Chua Jui Meng keluar MCA?? hanya Ong Tee Kiat yang dapat menjelaskannya.

Sumber dari blog Musram


Read More

Gengster Upahan DAP bunuh Teo takut rahsia terbongkar?!


hari ini kononnya Geng-Geng DAP telah bersepakat membuat petunjukan dan perarakan seperti perarakan tahun baru cina supaya kononnya SPRM perlu bertangung jawab terhadap kematian Su politik Exco DAP ini. Boleh dikatakan Satu Modus Operandi yang Jahat telah dilakukan oleh DAP supaya Kerajaan Dilebel sebagai penyebab utama kematian Teo!!!

Buat Apa seseorang itu mahu membunuh seseorang yang tidak mempunyai kepentingan langsung kepada dia melainkan dia mempunyai perbagai rahsia yang mahu dibongkarkan. Cuba lihat senario satu..


Senario Satu

Teo Beng Hok telah ke SPRM untuk menjadi saksi dan dia sendiri yang melaporkan salah laku Exco-Exco DAP yang menguasai Kegiatan Kongsi Gelap di Selangor..

Menurut sumber, Teo kurang berpuas hati dengan cara pentadbiran berberapa adun DAP di selangor, cara Ronnie dan Hian Wah menggunakan kongsi gelap dalam pentadbiran kerajaan dan dengan suka-suka mengunakan peruntukan kewangan kerajaan negeri membiayai kegiatan kwong si gelap tidak di senangi oleh Teo dan memang betul apa yang di laporkan oleh ahli parlimen wangsa maju YB. Wee Choo Keong yang mana ronnie dan Hian wah menggunakan kongsi gelap, dan pejabat Exco telah digunakan sebagai tempat bermesyuarat mereka yang dikatakan mempunyai kaitan dengan peniagaan haram dan aktiviti haram.

Mungkin tidak tahan dengan kerenah kongsi gelap yang selalu turun naik pejabatnya maka Teo mula mengugut Ronnie dan Hian Wah supaya memberhentikan segera kegiatan itu tapi tidak di endahkan oleh dua ekor exco itu. Sudah tidak tahan dengan keadaan itu maka Teo dengan beraninya membuat laporan kepada SPRM tentang kegiatan ronnie dan Hian Wah.

Tidak ada dalam sejarah dunia saksi kepada seseorang tu yang mempunyai bukti yang kukuh di bunuh olehnya sendiri.. bodoh la tu.. pluss mangkuk bin ayun!!! logik la bor kalu ko pun saksi aku mesti lah aku lingung ko abis-abis tu kepentingan aku.. so hope you understand

Kesimpualan Disini siapalah yang mahu membunuh Teo adakah ianya berkaitan dengan SPRM atau DAP???? Anda yang menentukan kesimpulannya!!!

Senario Kedua

Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam.

Tersangat bodohlah SPRM kalu dah pukul orang dam kemudian tak sembunyi tapi letak mayatnya di situ. Lebih munasabah ada pihak saja nak tuduh SPRM. biasa la bro takut akan kegiatan haram dia terbongkar dan takut dia masuk dalam JAIL!!!

Tektik membuat jahat dan kemudian tunding jari kepada orang lain, terutamanya musuh, bukan tektik baru lagi bro.. so kesimpulannya.

Kesimpualan Disini siapalah yang mahu membunuh Teo adakah ianya berkaitan dengan SPRM atau DAP???? Anda yang menentukan kesimpulannya!!!

Shahboy - Rise Of The Fallen. Sumber dari BrokenTheCode


Read More

Anwar Cuba Alih Perhatian Rakyat (kes liwat) ke Kes Teoh - SPRM


MAJLIS Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa dukacita yang amat mendalam di atas kematian mendiang Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Selangor.

Mewakili seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, pihak Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang. Sebelum ini telah terdapat banyak kematian yang berlaku dalam tahanan pihak berkuasa seperti Allahyarham Rumie Azzan Mahlie dan mendiang Ananthan Kugan.

Kematian mendiang Teoh Beng Hock merupakan kemuncak kepada penyalahgunaan kuasa pihak berwajib dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan rakyat. Sehingga kini pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah secara berterusan menjalankan siasatan dan membuat ancaman ke atas para pemimpin Pakatan Rakyat, sedangkan laporan demi laporan mengenai penyalahgunaan kuasa para pemimpin Barisan Nasional tidak diendahkan.

Ini adalah bukti kukuh bahawa suruhanjaya yang baru beroperasi selama enam bulan itu hanyalah dijadikan alat oleh Barisan Nasional dan Umno untuk melemahkan Pakatan Rakyat. Jawapan tegas Rakyat menuntut jawapan yang lebih tegas dari SPRM dan Perdana Menteri yang menjadikan SPRM sebagai kuda tunggangan Umno, dalam tindakan untuk merampas kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Jauh selekoh yang diambil oleh raja putar belit ni. Kejadian kematian SETPOL Selangor dikatakan adalah usaha UMNO nak rampas Selangor.

2. Ke situ pulak perginya. Kepola hatak dia ni, kalau bab nak putar belit isu cukup pakar. Tak ada kena mengena langsung. Kalau nak rampas Selangor lebih baik UMNO guna BPR ( dulunya ) untuk jatuhkan kerajaan Kelantan sebelum PRU12 dulu yang mana PAS hanya memerintah Kelantan hanya dengan kelebihan 1 kerusi. UMNO dan BN tak kacau pun.

3. Hai, macam nak tutup isu liwat aje. Nak alih perhatian ke. Dah nampak kot sokongan dalam kes liwat jauh berkurangan. 30 orang aje hadir untuk menyokong DSAI di mahkamah. Jadi kena le pusing lebih sikit jika ada isu. Ini le kesempatanya. Yang datang ke Mahkamah pun hanya berumurbawah 30 tahun. Yang datang ini pun hujung pangkal pun tak tahu kes ini. Punggung sendiri pun mereka tak kenal lagi.

4. Kesian kepada kau DSAI. Bungkus le kau. Cukup-cukup le membelitnya.


Read More

Jangan Main-Main Dengan....??!!

Bak kata Pua Chu Kang ... "DUN PRAY PRAY" lu belot gua, lu terbang dari bangunan tinggi. Inilah yang terjadi dan inilah hakikat sikap "mereka-mereka" ni. Yang aneh nya, "mereka-mereka" ini di sanjung oleh orang2 Melayu! Apa la nak jadi. Bila kita akan sedar. "Mereka" telah bersatu, kita bila lagi? Masih nak jadi KUDA tunggangan "mereka"? Mau lari laju, kasik pukul itu buntot! Sedarlah wahai umat Melayu, kita akan di hapuskan jika kita tidak bersatu. Jangan kerana kuasa kamu sanggup mengadai maruah bangsa dan agama kamu! Korang percayakan ANWAR IBRAHIM? Ini lah manusia yang telah berjaya memesongkan akidah dan perjuangan orang2 PAS. Inilah manusia yang mahu melenyapkan umat Melayu di Malaysia nih. Ini juga lah manusia yang tidak akan berhenti dari membuat fitnah, penipuan dan mengapi-apikan kita semua demi mencapai matlamatnya. Dan dengan izin ALLAH, aku harap manusia peliwat ini akan di sumbatkan ke dalam penjara! Aku juga harap hakim2 tidak melayan kerenah dan lakon layar ANWAR IBRAHIM untuk melengah2 kan perbicaraan liwatnya tu. Ini bukti peliwat dalam ketakutan, bersumpah laknat dia takut, masuk mahkamah pun takut, lagi korang nak sokong. Kalau benar kenapa takut?

Di selangor, Khir Toyo dan 4 lagi ADUN di gantung, kenapa? sebab kritik kerajaan PR Selangor. Mana kata kebebasan bersuara? Aku cadangkan semua negeri di bawah BN, gantung je ADUN2 PR yang byk bunyi di dalam dewan. Kata orang Melayu lama "FIGHT FIRE WITH FIRE" Selangor dah mula kelam kabut. Penang penuh dengan kontroversi. Melayu dan India di Penang dah mula DILUPAKAN. Kedah dah mula mundur macam Kelantan. Takde duit tebang balak. Perak, alhamdullilah KEMBALI aman damai dan makmur setelah kuasa dapat semula kepada BN. Manek Urai di bezakan oleh 65 orang pengundi. Jadi kita semua boleh nampak apa yang sedang terjadi. Cuma para penyokong fanatik PR je buat2 tak nampak. Aku dah tak tau nak kata apa kepada bangsa aku. Aku malu dengan apa yang terjadi. Kunun nak tegak Islam, tapi dah mula merepek macam org takder pegangan.

Wahai bangsa ku, jika kamu semua mahu melihat anak-cucu kamu nanti merempat di negaranya sendiri, teruskan lah menyokong Pakatan Rakyat. Tapi jika kamu ada harga diri dan mahu melihat anak cucu kamu terus berkuasa, sokongkah Barisan Nasional. Sedarlah, orang2 Cina dah mula mengutuk kita secara depan2. Mereka tidak lagi hormatkan kita sebagai kaum bumiputera dan majoriti. Sehingga di Selangor baru2 ni, ADUN kurang hajar telah mengutuk pemakaian SONGKOK di dalam dewan. Kamu semua masih nak sokong orang semacam ini?? Owh lupa lak, orang PAS tak kisahkan "songkok" tapi kalau "serban" jgn usik aaaaa! Orang PAS masih tak sedar, tanpa Melayu PAS akan terkubur! PAS perjuangan kan ISLAM, lantak la apa nak jadi dengan Orang Melayu kan.

Kita (Orang Melayu) dah di BODOH kan oleh Portugis dan Enggeris beratus tahun lama nya, sekarang adakah kita mahu di BODOH kan oleh ORANG CINA pulak? Orang Cina yang di bawa masuk ke Malaysia pada asalnya untuk melombong bijih timah je! Tak cukup2 lagi di PERBODOHKAN?

Satu janji aku, UMAT MELAYU BERSATU, MELAYU DAN ISLAM AKAN KUAT DAN MAJU! Mereka akan kembali hormat kepada kita. Aku dah tak sanggup lihat orang melayu di kuda, di maki, di ludah macam anjing!

Orang Melayu yang menyokong perjuangan Anwar dan Lim Kit Siang TIDAK layak sama sekali menjadi Orang Melayu. Aku ingat minggu lepas imam solat Jumaat di tempat aku berkhutbah "Orang-orang kafir ni, tiada halal haram, mereka akan buat apa sahaja asalkan mereka untung" Fikir-fikir kan lah.

Aku campur adukkan beberapa perkara dalam post ni sebab malas nak buat byk sgt post. PEACE N OUT!

Petikan Dari Blog Malaysia 2Day


Read More

Petunjuk Manik Urai: Nik Aziz Harus Berundur!

Satu indikator telah ditunjukkan oleh pengundi Manik Urai. Rakyat sudah sedar akan propaganda bohong Pas. Walaupun BN kalah , ia kalah dengan bermaruah.

Pas harus bertaubat. Nik Aziz harus bertaubat. Pas kena ingat. Jangan bongkak dan sombong. Kembalilah kepada Presiden parti Hadi Awang. Nik Aziz perlu letak jawatan. Bubar akan Majlis Ulama kerana sudah tersasar jauh dari dasar perjuangan Pas.

Hadi tetap Ketua Pas, bukan Nik Aziz. Pas jangan jadi Parti Ajaran Sesat atau Parti Anak Setan.

Hadi kena kembali berbicara soal kerajaan perpaduan.
Dicatat oleh TAIPINGMALI (TM) di 7/15/2009 06:39:00 AM


Read More

Dap Hanya Sekadar Nasi Tambah

Written by Anuar Mohd Nor baca dan komen di www.umno-reform2. com
Friday, 03 July 2009

Terminologi nasi tambah di lemparkan kepada DAP. Mungkin nasi tambah pun tidak menunjukkan partisipasi kuat DAP sebagaimana kekuatan yang ada pada Parti Keadilan Rakyat atau PAS. Mungkin DAP hanya hadir atas kekuatan yang lain-kekuatan Melayu yang menolak UMNO dan kekuatan penyokong PKR yang menyimpan dendam politik terhadap UMNO. Ini politik – tetapi politik ini mampu mengubah semua aspek politik termasuk hilangnya kedaulatan orang Melayu. Kedaulatan Melayu bukan hanya tersangkut kepada raja-raja Melayu tetapi kedaulatan hari ini meliputi semua aspek dan yang terpenting adalah kekuatan ekonomi. Peningkatan dalam ekonomi ini penting untuk memastikan kelangsungan hayat Melayu. Biarlah majoriti penduduk negara ini Melayu tetapi kalau kekuatan itu tidak dapat di bentuk khususnya dari sudut pegangan ekonomi maka majoriti menjadi minoriti dan ketuanan akan menjadi hamba di bumi sendiri.

Sedikit demi sedikit apa yang disebut sebagai ketuanan Melayu kini terhakis. Kalau perkatakan ketuanan Melayu menjadi satu terminologi sensitif maka amnya kedudukan Melayu sebagai rakyat bumiputera semakin meleset. Sudahlah kedudukan Melayu itu tercorot dalam ekonomi, kini kuasa politik juga seakan tergelincir dengan pengkhususan kita terhadap pentingnya undi kaum lain. Di mana letaknya Melayu selepas ini. Apakah rangsangan ekonomi yang dibuat oleh kerajaan dalam keadaan negara mengalami kemelesetan ini dapat membantu Melayu yang masih tertinggal? Adakah liberalisasi ekonomi yang mahu dijalankan oleh kerajaan dapat juga membantu Melayu dan meningkatkan partisipasi Melayu atau Melayu akan tetap berada pada tahap yang sama. Mungkin liberalisasi ekonomi ini memberi kesan jangka panjang yang positif buat ekonomi negara ini tetapi kesan langsung kepada Melayu itu sendiri perlu kita kaji.

Melayu juga perlu liberalisasi politik. Mereka perlu bebas dalam memilih dan tidak terkongkong dengan sekatan negativisme lantas membuat keputusan pemilihan yang salah. Mereka perlu mengelak sensasi dan berpijak kepada kebenaran. Melayu perlu bebas dari mengambil pendirian politik yang akan menyulitkan bangsa sendiri. Mereka perlu lebih terbuka dan lebih perlu menerima kepada kemungkinan penyatuan – membuka ruang dari menyempitkannya berbatas ideologi politik. Namun dalam semua ini – yang penting ialah sikap Melayu itu sendiri. Perbincangan berhemah dan perbincangan berbentuk intelektual penting dari sikap yang hanya menerima berita sensasi politik yang semakin cenderung kepada metodologi perang saraf untuk merebut kuasa.

Apa pun bagi DAP mereka juga perlu cermin baik diri mereka dan sedar bahawa usaha untuk memalaysiakan Malaysia akan menyatukan Melayu pada sikap yang tidak positif. Ini harus dielakkan kerana penyatuan Melayu harus hadir bukan atas ancaman kaum lain tetapi atas dasar mengukuhkan apa yang dikatakan Melayu itu sendiri. Apa pun Melayu kena sedar terlebih dahulu bahawa – kedaulatan dan ketuanan semakin terkikis.


Read More

Manek Urai: PAS Jadikan PKR & DAP model dicontohi?

Hari ini Pressiden PAS Hadi Awang, mula menempelak UMNO dengan mendakwa UMNO gagal untuk dijadikan model perpaduan di kalangan orang Melayu dan rakyat Negara ini.

Itulah cakap-cakap Hadi Awang selepas idea mengwujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO ditolak olek pakatan pembangkang.

Kalau itulah alasan Hadi Awang menolak kerajaan perpaduan, mengapa isu kerajaan perpaduan masih belum reda dalam PAS dan masih tercetus pergeseran di kalangan kumpulan yang menyokong dan membantah.

Maklumat terbaru, satu artikel Ahli Jawatan Kuasa Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad di akhbar web rasmi PAS Harakahdaily yang bertertajuk "Gagasan Pemikiran Kerajaan Perpaduan, Mana Silapnya?" dimuatkan tengah hari semalam tetapi ditarik balik susulan bantahan seorang pemimpin kanan parti yang juga menguasai sidang pengarang Harakah.

Artikel yang sama dihantar untuk edisi terbaru akhbar rasmi PAS tetapi difahamkan menerima nasib yang sama dan ditarik balik walaupun telah dicetak, sebahagiannya. Isu ini telah menjadi buah mulut di kalangan ahli dan penyokong PAS sendiri, termasuk dalam blog-blog pro pembangkang.

Kenapa begitu ?

Ada kumpulan dalam PAS yang diketuai Tok Guru Nik Aziz takut pada ugutan DAP, dan Hadi Awang sendiri juga takut kepada desakan-desakan kumpulan ini. Manakah motif perjuangan Hadi Awang yang sering melaungkan slogan menegak kebenaran dan menentang kebatilan.

Kalau sudah ada di kalangan kepimpinan PAS sendiri mengakui kebenaran idea kerajaan perpaduan, mengapa Hadi Awang takut menegak kebenaran ?

Apakah disebabkan takut hilang kedudukan dan kuasa, Hadi Awang lebih rela memasukkan diri ditengah-tengah golongan orang-orang MUNAFIK. Jadinya, sudah hilang prinsip Hadi Awang yang berjuangan serta berjihad ke jalan Allah.

Dek kerana kuasa dan kedudukan, Hadi Awang tunduk dengan kehendak-kehendak golongan yang menentang kerajaan perpaduan.

Kasihan Nasharudin Mat Isa, hasrat suci murni serta mengharapkan sokongan Presiden, nampaknya sokong membawa rebah………………

DAP ke yang layak jadi model Hadi Awang ?

Mari kita tengok cara DAP melayani parti-parti kesepakatan mereka :

Ahli PKR dipecat dalam MPSP (Majlis Perbandaran Seberang Prai), kerajaan Pulau Pinang memecatperkhidmatan Johari susulan tindakannya mengetuai usaha memulaukan majlis pelantikan Yang Dipertua MPSP, Mokhtar Mohd Jait awal bulan ini.

DAP langsung tidak menghurmati parti-parti yang bersekutu untuk mengambil sesuatu tindakan, Ketua Penasihat PKR Anwar juga terus membisu, apa lagi dengan kepimpinan PAS, lagi kecut hendak membantah tindak tanduk yang dibuat DAP bila sudah diberi kuasa.

Apa DAP buat kepada kaum India di Pulau Pinang…….

Penduduk Kampung Buah Pala, Bukit Gelugor di sini hari ini kecewa dengan tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang disifatkan cuba melarikan diri dan enggan bertemu mereka bagi menyelesaikan isu yang membelenggu kampung itu.

Lebih 200 penduduk kampung mula berkumpul secara aman di pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini pada pukul 4 petang.

Sebuah perkampungan yang juga dikenali dengan nama High Chappral berusia lebih 100 tahun, penduduknya tidak dapat pembelaan yang sewajarnya di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Kemana perginya slogan dan manefisto DAP yang dilaung-laungkan dalam PRU 12 ?

Sudah 100 tahun dan lebih 50 tahun dibawah pemerintahan UMNO/BN, penduduk di kampong tersebut tidak pernah diusir…………. Kerajaan DAP yang baru setahun memerintah telah merobohkan tapak Kampung Buah Pala di Pulau Pinang yang kini dimajukan untuk membina 490 unit kondominium ‘The Oasis’.

Kemana perginya pejuang-pejuang nasib rakyat dari PKR ?

Baru sebentar tadi, Pengerusi DAP Kedah memutuskan untuk keluar dari gabungan Pakatan Rakyat negeri itu kerana membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star oleh Majlis Bandaraya Alor Star.

Tengoklah tu, bila terkena pada tempat kepentingan DAP, tanpa rasa segan dan hurmat pada Kerajaan PAS Kedah, terus sahaja istihar keluar dari kerajaan pakatan rakyat.

Dapat kah PAS mempertahankan tindakan yang telah di buat? Inikah model yang dijadikan contoh oleh Hadi Awang dan PAS ?

Kepada pengundi-pengundi DUN Manek Urai, mari kita perhatikan bagaimana kerajaan PAS Kelantan telah tunduk dan akur dengan kehendak-kehendak DAP.

Apa jawapan Kerajaan PAS Kelantan di dalam Dewan Negeri, di atas pertanyaan Datuk Abd Aziz Derashid (BN-Kuala Balah) mengenai “ kenapa kerajaan negeri membenarkan penduduk luar Kelantan bukan Melayu memiliki tanah dalam kawasan Melayu tetap “.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan diberitahu, penduduk luar Kelantan bukan Melayu dibenarkan memiliki tanah di kawasan penduduk Melayu tetapi berdasarkan beberapa syarat yang dibenarkan kerajaan negeri.

“Namun dalam satu-satu projek tertentu anjuran kerajaan atau badan-badan kerajaan yang difikir perlu atau penting oleh kerajaan berbuat demikian atas sebab-sebab tertentu, kerajaan negeri boleh memberi pertimbangan khusus.

“Pindah milik bagi tanah luar rizab Melayu kepada bukan Melayu yang bukan anak Kelantan tidak boleh dipertimbangkan, tetapi bagi kes dan sebab tertentu permohonan boleh dipertimbangkan khusus dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat negeri, Datuk Anuar Tan.

Di sini sudah jelas dan nyata bahawa PAS akan mengadaikan tanah rezab Melayu untuk menjaga kepentingan DAP dengan alasan tanah-tanah rezab Melayu untuk pembangunan projek anjuran kerajaan atau badan-badan kerajaan.

Betul ke ?

Tidak kah projek yang dinamakan atas pembangunan kerajaan beransur-ansur berpindahmilik kepada pihak bukan bumiputera ?

Begitulah putar belit PAS yang kononnya berjuang atas nama Islam, menggadaikan bangsa. Penduduk Manek Urai wajib menolak PAS demi maruah bangsa dan agama.

Dipetik dari blog Yang Gambi


Read More