Belina Shop

Showing posts with label Permatang Pasir. Show all posts
Showing posts with label Permatang Pasir. Show all posts

Permatang Pasir: Penceramah PAS Tidak Dapat Hadir, Polis Dipersalahkan

Blaa..blaa.. 10.45 pm 18 Ogos 2009 (ceramah), Tiba-tiba pengerusi majlis ceramah ada permit tu mencelah, "penceramah tak dapat datang sebab pihak polis tidak menerima senarai penceramah yang terbaru pada malam ini. Jadi ceramah kita berhenti sampai sini dan saya minta kita semua datang sini pada keesokkan hari dan seterusnya kerana tiap-tiap malam kita akan adakan ceramah di sini!" laung pengerusi majlis. (Benggang je tuan rumah kat situ. Tiap-tiap malam? Cam mano anak-anak depa nak tido esok p skolah?)

Ah Sudah! Tuan pengerusi majlis, kenapa tak berterus terang saja yang penceramah tidak dapat hadir ke majlis tu? Terus pendengar2 ceramah yang terdiri daripada orang PAS sendiri menjerit tak puas hati dengan Polis. Kononnya 25 ahli penceramah yang patut ada pada malam itu, tapi disebaliknya tahu sendirilah. "Kita bukan macam UMNO, nak berceramah bukan hantar list kepada Polis, main hentam je ikut suka dorg nak berceramah!" kata pengerusi tu lagi. Pengerusi, setahu saya Pakatan Rakyat pun ikut suka hati je nak merusuh di ibu negara hari tu. Yang terbaru si Gobala tu main hentam je buat hal. Tu pun tak mao kira ka?

"Kita takkan serang hal peribadi Rohaizat" kata pengerusi dengan penceramah pada malam ini tadi. Tetapi selepas 5 minit, mulalah mereka-mereka ni memburuk-burukan Rohaizat. "Siapa dia Rohaizat? Orang kenal ke dia?" kata pengerusi yang berstatuskan Haji itu.

"Saya kenal bapa dia... akrab dengan bapa Rohaizat. Sehinggakan bapa Rohaizat sendiri bertanya kepada saya, kenapa lantik Rohaizat jadi ahli jawatankuasa masjid? Aik? Tadi kata tak kenal Rohaizat, ni boleh pula kata akrab dengan bapa calon Barisan Nasional. Lidah berapa cabang manusia ni?

"Bapa dia sendiri kata pada saya, bapa dia kata la, bukan saya kata. Kenapa tak pecat saja Rohaizat tu? Itu bapa dia sendiri yang kata kat saya. Rohaizat tak pernah pun pergi sembahyang kat masjid tu. Macam ni jadi wakil rakyat?" jelas pengerusi itu. Media Cyber teringin nak bertanya pula dengan pengerusi tu, "ni hang saja buat cerita/drama tanpa fakta di depan penyokong PAS ke? Kemukakan bukti kalau ada. Boleh buat?".

"Isu arak di Selangor telah pun diwartakan. Inilah hasil tindakan daripada kerajaan Pakatan Rakyat yang menjaga kepentingan Islam di Malaysia. Arak tidak boleh dijual di kawasan majoriti orang Islam" laung ustaz Azmi. Aik? Bila masa pula diwartakan? Bukan ke Khalid putuskan pengawalan penjualan arak sendiri? Dan lesen hanya diberikan kepada orang bukan islam, bukannya kepada peniaga islam.

Pakatan Rakyat, 2 tahun memerintah tidak bermakna kehebatan 2 tahun itu boleh menandingi parti yang sudah memerintah sejak sekian lama. Kerajaan pimpinan Najib berusaha memulihkan kembali keadaan yang keruh, itulah hakikat yang ditakuti oleh Anwar Ibrahim.

Sumber dari Media Cyber


Read More

Permatang Pasir: Gobala Bawa Bala!

Menonton si Bala melempang polis semalam, naik juga darah saya kerana ia memaparkan Ahli Parlimen yang sepatutnya tahu undang-undang membuat sesuatu terhadap polis. Kurang ajar dan melampau.

Gunalah otak sedikit dan berlakonlah sebagai Ahli Parlimen bukan samseng yang mahu menunjukkan kekuatan kepada anggota keselamatan.

Jika marah sekalipun, jagalah tatasusila kerana si Bala ini mahu dipanggil sebagai Yang Berhormat. Lainlah memang berniat untuk mewujudkan ketidaktenteraman. Semua orang tidak suka tingkah laku anda. Kurang ajar dan melampau.

Saya nak ingatkan si Bala ini fikirlah tindakan kamu itu kerana kini seluruh rakyat Malaysia sudah melihat tingkah laku kamu yang kurang ajar kepada anggota keselamatan. Jika kamu samseng jalanan lainlah, tapi kamu Ahli Parlimen.

Ingat-ingat kita sedang memerhati kamu.

Jangan jolok sarang tebuan. Nanti kena sengat, bahaya tu.


Read More

Permatang Pasir: Gobala = Troublemaker

Blog PAS a.k.a kuda tunggangan DAP & PKR menaburkan taik-taiknya di telinga rakyat dengan menggatakan pemimpin Barisan Nasional tidak turun padang di hari penamaan calon. Buta mata ke buta hati ke aperrr dorang ni????????? HAPRAK punya blogger, blogger baru yang tak kenal pemimpin agaknya. Balik rumahh tanam taikkkk la wei! kahkahkahkahkah! Pemimpin BN semua ada TPM , Dato Hisham , KJ ,Datuk Liow , Tan Sri Koh ,Datuk Shahrizat, Ketua Puteri, Datuk Tengku Adnan. Mungkin puak2 PAS ini tak kenal kot sebab tengok pemimpin BN pakai mask.

Gambar selanjutnya di sini

kejadian provokasi pembangkang mula berlaku apabila kira-kira jam 11.15 pagi, Ahli Parlimen PKR kawasan Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang memang terkenal dengan gelagat provokatifnya telah membuat tindakan yang akhirnya mengundang kekecohan. Penyokong pembangkang yang cuba melepasi barrier polis dan ingin tunjuk samseng di depan penyokong BN bila Gobala start dulu mengejek BN dan pemimpin BN.

Pihak polis yang berada di situ seterusnya cepat meluru ke penyokong PAS dan meminta Gobalakrishnan menghentikan perbuatannya dan meminta beliau beredar ke kawasan yang disediakan untuk para penyokong berkumpul. Beliau enggan malah mula mencabar polis dan berlakulah tolak menolak. Gobalakrishnan akhirnya berlakon terjatuh dalam pergelutan hingga membawa pihak kselamatan menghubungi ambulans untuk membawa beliau keluar daripada kawasan berkenaan.

Insiden itu berlaku di depan penyokong PAS dan penyokong BN. Memang kurang ajar betul Gobala yang sukan buat kecoh sehingga beliau dikatakan cuba menampar polis yang menahannya jika kita melihat dalam rakaman video pihak media. Ini semua drama lakonan Gobala yang lazimnya dia akan cuba bikin kecoh pada hari penamaan Calon .

Komen Sharps Shooters: Lepas ni apa pulak comment Krishnan? Salahkan Polis? Sudahlah PAS, tak guna lagi kamu sembunyikan lagi keburukan penyokong fanatik, terlampau dan terover react. Perjuangkan Islam kononnya, dah macam tu penyokongnya diajar pemimpinnya. HANCUR!


Read More

PKR vs PAS - Berebut nak letak calon Penyangak


'Hello PKR, Permatang Pasir's ours'

PENANG - Penang PAS deputy commissioner I Dr Mujahid Yusof Rawa has asked PKR to respect the Pakatan principle of maintaining the status quo in respect of seats until the next general election and not ask to contest the upcoming by-election in Permatang Pasir, last held by PAS. [MM]

Now showing, like kami rakyat tak tau everytime PRK ada mid nite, ada prime time ada mesti tonton har har har

2. Expect more to come...

Poodah!

PKR cadang letak calon di DUN Permatang Pasir

BUKIT MERTAJAM: Segelintir pemimpin dan akar umbi Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencadangkan supaya parti itu meletakkan calon mereka untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir yang tradisinya milik Pas. [RUJUK]


Read More