Belina Shop

Showing posts with label Lawak Politik. Show all posts
Showing posts with label Lawak Politik. Show all posts

PKR vs PAS - Berebut nak letak calon Penyangak


'Hello PKR, Permatang Pasir's ours'

PENANG - Penang PAS deputy commissioner I Dr Mujahid Yusof Rawa has asked PKR to respect the Pakatan principle of maintaining the status quo in respect of seats until the next general election and not ask to contest the upcoming by-election in Permatang Pasir, last held by PAS. [MM]

Now showing, like kami rakyat tak tau everytime PRK ada mid nite, ada prime time ada mesti tonton har har har

2. Expect more to come...

Poodah!

PKR cadang letak calon di DUN Permatang Pasir

BUKIT MERTAJAM: Segelintir pemimpin dan akar umbi Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencadangkan supaya parti itu meletakkan calon mereka untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir yang tradisinya milik Pas. [RUJUK]


Read More

Bila Penulis Skrip Kerajaan Perpaduan Syok Sendiri


PAS menutup cerita ‘wayang perpaduan’ yang skripnya ditulis Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Penamatnya pada Isnin, apabila PAS bersama sekutu mereka, PKR dan DAP sepakat menuduh idea pakatan perpaduan itu adalah fitnah, tohmahan jahat serta usaha terdesak UMNO dan Barisan Nasional.

Kononnya kerajaan terdesak dan tergugat dengan pembangkang yang semakin mendapat dukungan rakyat.

Sekaligus, ketiga-tiga parti itu mengulangi komitmen untuk terus memperkasakan pembangkang bagi membentuk kerajaan yang akan datang.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula pada petang sama menunjukkan dirinya yang sebenar apabila turut menuduh UMNO mempolitikkan isu kerajaan perpaduan manakala media perdana membesar-besarkannya.

Apakah Menteri Besar Kelantan itu mahu jadi sesumpah yang kerap berubah warna bila berdepan musuh?

Jika Ahad Nik Aziz yang selama ini keras menentang idea yang diluahkan Hadi tetapi kata beliau sudah beristiqamah dan mahu idea kerajaan perpaduan ikut saluran yang betul kenapa petang Isnin istiqamahnya mulai terpesong?

Antara jawapannya kenapa beliau mulai berlembut dengan kenyataan Ahad mungkin kerana selepas mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Barangkali ada yang tersirat disebalik kenyataan lembut Nik Aziz itu tambahan pula, Anwar bukanlah calang pemimpin jika tidak sentiasa memikirkan tindakan yang boleh memberi manfaat kepada pembangkang termasuk dirinya.

Ada yang berpendapat, Nik Aziz bertindak demikian kerana khuatir pemimpin PAS dan ahli yang bersetuju dengan idea Hadi tidak akan menyokong kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini.

Dalam PAS sebelum ini timbul desas desus kononnya kumpulan yang menyokong gagasan Hadi tidak dibenarkan turun ke Manek Urai malah poster Presiden PAS itu dikatakan juga tidak akan dipasang ketika berkempen.

Para pemerhati politik berpendapat, sebab ini ada benarnya berdasarkan kenyataan Nik Aziz selepas perjumpaan khas di ibu pejabat parti itu petang Isnin.

Selepas selesai membaca kenyataan empat baris berhubung perjumpaan itu yakni menyalahkan UMNO, menyokong keputusan pemimpin atasan PKR dan DAP yang menolak idea kerajaan perpaduan serta menarik balik kecaman terhadap Nassharuddin Mat Isa berkaitan isu itu, Nik Aziz menegaskan:

“Selepas ini semua pemimpin PAS yang ada akan turun kempen di Manek Urai,”.

Kenyataan itu merujuk kepada Hadi, Nasharuddin yang juga Timbalan Presiden PAS; Naib Presiden - Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, bekas naib presiden, Ahmad Awang, Ketua Dewan Pemuda, Nasruddin Hassan dan Ketua Muslimat Nurida Salleh dan Datuk Dr Haron Din yang hadir perjumpaan tersebut.

Pengumuman Nik Aziz itu tidak terkandung dalam kenyataan empat baris yang diedarkan kepada media selepas perjumpaan itu.

Nampaknya, PAS amat bimbing berdepan UMNO di Manek Urai.

Umum tahu, ketika parti itu nampak mulai pecah dengan idea kerajaan perpaduan serta tewasnya geng Erdogan pada pemilihan dalam muktamar PAS baru-baru ini, sekutu mereka, PKR dan DAP mulai meragui PAS.

Mahu atau tidak, demi mendapatkan sokongan PKR dan DAP di Manek Urai, Pas akhirnya memilih membelakangkan masa depan orang Melayu dan Islam di negara ini dengan menolak idea kerajaan perpaduan.

Kenyataan Mahfuz dengan analogi bahawa 'UMNO kini kehilangan tabung oksigen' apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan dengan kenyataan pimpinan pembangkang menampakkan betapa pemimpin PAS mulai riak dan takbur.

Kerana riak juga Nik Aziz semalam mahu UMNO minta maaf sebagai salah satu syarat menjayakan perbincangan kerajaan perpaduan.

Ada pemerhati yang berpendapat sebenarnya ada hikmah disebalik keputusan PAS menolak idea yang dibuat pemimpin mereka sendiri.

Walaupun ianya bukan ibarat meludah ke langit, tetapi ianya membuka pekung di dada pemimpin PAS dan membuktikan bahawa parti itu bukanlah berjuang untuk orang Islam dan Melayu di negara ini.

Barangkali mereka masih berpegang bahawa kerjasama dengan UMNO yang mempunyai komponen daripada parti orang Cina dan India adalah ‘kafir’.

Bagi PAS, merekalah paling arif hukum hakam agama dengan pemimpin yang tidak pernah buat salah.

Kini PAS samalah macam PKR dan DAP.

Pengundi di Manek Urai kini boleh menilai perjuangan sebenar parti yang sudah mulai terkeluar daripada landasan perjuangan yang pernah dipertahankan pemimpin terdahulu termasuk allahyarham Datuk Ustaz Fadzil Noor.

Ustaz Fadzil sepanjang hayatnya dikatakan tidak pernah menutup pintu rundingan termasuk dengan UMNO tetapi Nik Aziz adalah pemimpin PAS yang cukup phobia dengan usaha perpaduan ini. Dan Isnin semua skrip wayang kerajaan perpaduan –lengkap sudah!

Dalam erti kata lain, kini PAS tidak lagi boleh dianggap parti yang boleh menjamin survival orang Melayu.

Dan UMNO walaupun dilihat lemah, sebenarnya masih mampu memastikan nasib orang Melayu terus terbela.

- Agenda Daily
Baguslah hadi .. buat dosa banyak2..


Read More

Bilamana Org Menghasut Yang Muktamar Tahunan Pas Ditaja Oleh UMNO

Ini maklumat sekonder yang aku kutip dari ucapan Khalid Samad, MP dan ketua PAS bahagian Shah Alam, dalam muktamar yang baru berlalu.

Menurutya, segala perbelanjaan pada hari dia berucap itu, dan hari-hari muktamar sebelum hari itu dibiayai oleh Puncak Niaga. "Mungkin juga bil-bil hotel perwakilan-perwakilan, jika diperlukan (dibayar oleh Puncak Niaga)," tambah Khalid.

Puncak Niaga juga membayar ruang2 iklan dalam majalah yang diedarkan dalam muktamar serta memaparkan sepanduk2 syarikat itu.

Untuk makluman, Puncak Niaga adalah syarikat yang telah merompak bisnes bekalan air di Selangor dan Wilayah Persekutuan, dan kini berperang dengan kerajaan negeri Selangor kerana MB Khalid Ibrahim mahu mengambil alih kembali perusahaan air itu untuk diurustadbir oleh Selangor.

Ini kerana banyak pembaziran dan bocoran (air dan juga songlap RM) dalam Puncak Niaga. Bayangkan gaji CEO Puncak Niaga Rozali Ismail sahaja RM5.1 juta setahun. Berapa juta RM pula untuk ahli2 lembaga pengarah lainnya?

Pengguna air di Selangor dan Wilayah Persekutuanlah yang terpaksa memikul beban kos melampau itu.

Yang bermasaalahnya, Puncak Niaga dapat dokongan dari kerajaan BN Persekutuan!

Dan kini komponen Pakatan Rakyat Selangor, parti PAS?

Kena tikamlah Khalid Ibrahim, bukan dari belakang, dari depan beb! -uknowsanasini.

------------------------------------------------------------------------------------------

Hahaha! Nak tergelak pun ade, dorang ni ape kes? ape kes? ape kes jadi banggang giler? Kalau kena taja pun nak bising? Salah ke kalau ditaja? Pastu boleh plak tuduh UMNO taja dorang. Adoi mak, ape ke bengap sangat dorang penyokong PAS ni. Dah ketandusan isu mulalah nak menuduh itu ini. Rasa macam nak lempar ngan selipar jepun jer kat penyokong PAS ni. Baca comment dari pembaca lain:

  • melayu memang bodoh. kalau tokey cina gaji RM14juta setahun takde siapa nak bising. bila melayu gaji RM5 juta, habis semuanya tak kena. kroni le proksi le. melayu memang bodoh. kalau tokey cina dpt projek besar drp kerajaan tak dicop kroni. kalau melayu...sikit2 kroni. melayu memang bodoh kalau syarikat kroni taja konvensyen PKR ke DAP ke takde siapa nak bising kalau syarikat GLC taja PKR pon takde siapa nak bsing tapi bila kena kat PAS, mcm murai tercabut ekor. melayu memang bodoh lebih-lebih lagi melayu dalam Pakatan Rakyat - Cina
  • hahaha...memang bodos pon kalo dah bodos memang kena panggil bodos. takkan nak panggil cerdik pandai kot. hahaha..dah berapa buah kamus ko cetak? memandai nak wat tafsiran sendiri hahahaha...bodoss, o ya...nik aziz pon mencarot gak - Anon


Read More

Cina Bersatu Melayu Berpecah - Lebai Mangkuk


Salah satu penceramah PAS yang Lebai sangat gemari ialah Mat Sabu. Mat Sabu ni pada pendangan Lebai ianya lebih hebat dari Sukarno bekas president Indonesia dulu. Salah satu dari ceramah nya yang Lebai masih ingat ialah berkenaan kebijaksanaan cina berpolitik.

Kata beliau, setiap kali diadakan PRU, orang melayu berpecah - ada yang sokong UMNO, ada yang sokong PAS, ada yang sokong PKR dan ada juga yang sokong DAP.

Orang cina pula, pada setiap kali PRU di adakan, cina bersatu. Bersatu dalam MCA atau Gerakan atau DAP. Dan ini lah masanya mereka menuntut apa saja yang mereka hendak. Setiap PRU mereka mendapat habuan besar dan orang melayu pula dapat rugi besar.

Dengan cara mereka buat ini, sedikit demi sedikit hak2 orang melayu telah terhakis.


Read More

Anwar Gila Kuasa! Cuba Rasuah Ex Ketua Wanita PKR




"Gila Kuasa seperti Anwar alamatnya Negara Tergadai"


1. Puan Aminah Abdullah, calon bebas di Penanti adalah bekas ketua Wanita PKR Pulau Pinang. Beliau meninggalkan PKR pada tahun 2007 kerana tidak 'sebulu' dengan kepimpinan PKR terutama AnWAR dan isteri Dr. Wan Azizah. Beliau juga sering 'membelasah' AnWAR dan Wan Azizah dalam mesyuarat PKR Pulau Pinang.

2. Sejurus setelah Puan Aminah menyatakan hasrat ingin bertanding di Penanti menentang PKR, AnWAR menghantar Puan Suzana Manja, bekas Timbalan S/U Agung PKR menemui Puan Aminah. Puan Suzana membawa mesej AnWAR dan Wan Azizah agar Puan Aminah tidak turut serta dalam p/raya kecil Penanti nanti.

3. AnWAR tahu keupayaan Puan Aminah, namun kerana tidak mahu maruahnya tercalar, AnWAR berusaha keras memujuk Puan Aminah melalui utusannya. Malulah jika bekas Ketua Wanita PKR menentang calon PKR yang didukungi AnWAR. Pastinya juga Puan Aminah tahu 'serba sedikit' perihal dalaman AnWAR dan Wan Azizah.

4. AnWAR cuba menawarkan 'sesuatu' yang cukup besar kepada Puan Aminah agar beliau tidak menyertai p/raya di Penanti. Kesilapan Puan Suzana, utusan AnWAR, ialah beliau menyatakan bahawa 'sesuatu' itu akan datang dari AnWAR. Cubaan Puan Suzana ini juga bukan sekali, tapi berkali-kali. Pelbagai cara digunakan, panggilan telefon, SMS, emel dan juga faks.

5. Setelah Puan Suzana gagal dalam misinya, AnWAR menggunakan PKR Pulau Pinang untuk memujuk PAS kawasanJelutong untuk memujuk Puan Aminah. Puan Aminah punya hubungan akrab dengan PAS Jelutong kerana beliau tinggal di kawasan ini w/pun menjadi Ketua Wanita PKR di Bukit Bendera.

6. Mungkin 'segan' dengan pimpinan PAS Jelutong untuk bermain 'sesuatu', AnWAR menawarkan jawatan senator kepada Puan Aminah dengan syarat beliau tidak bertanding serta mengumumkan kembali kepada PKR. Puan Aminah juga ditawarkan memiliki sebuah rumah mewah di Bayan baru selepas dilantik sebagai Senator.

7. Puan Aminah seorang pejuang sejati. Tawaran demi tawaran gagal mengaburi mata beliau, matlamat perjuangannya jelas! Beliau juga pasti kenal siapa AnWAR sebenarnya. Manusia yang akan berbuat apa saja demi memenuhi matlamat peribadi. Puan Aminah telah mengumumkan beliau akan mendedahkan perkara ini dengan BUKTInya sekali, sama-sama kita nantikannya.

p/s: dah jelas Anwar ni kaki rasuah! Dia sendiri mengata orang lebih tetapi dia sendiri yang mengamalkannya. Padan muka, GO AMINAH!! BUKTIKAN KERJA KOTOR PEMIMPIN LIWAT NI!


Read More

N12 Penanti Magazine 2009


Read More