Manek Urai: PAS Jadikan PKR & DAP model dicontohi?

Hari ini Pressiden PAS Hadi Awang, mula menempelak UMNO dengan mendakwa UMNO gagal untuk dijadikan model perpaduan di kalangan orang Melayu dan rakyat Negara ini.

Itulah cakap-cakap Hadi Awang selepas idea mengwujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO ditolak olek pakatan pembangkang.

Kalau itulah alasan Hadi Awang menolak kerajaan perpaduan, mengapa isu kerajaan perpaduan masih belum reda dalam PAS dan masih tercetus pergeseran di kalangan kumpulan yang menyokong dan membantah.

Maklumat terbaru, satu artikel Ahli Jawatan Kuasa Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad di akhbar web rasmi PAS Harakahdaily yang bertertajuk "Gagasan Pemikiran Kerajaan Perpaduan, Mana Silapnya?" dimuatkan tengah hari semalam tetapi ditarik balik susulan bantahan seorang pemimpin kanan parti yang juga menguasai sidang pengarang Harakah.

Artikel yang sama dihantar untuk edisi terbaru akhbar rasmi PAS tetapi difahamkan menerima nasib yang sama dan ditarik balik walaupun telah dicetak, sebahagiannya. Isu ini telah menjadi buah mulut di kalangan ahli dan penyokong PAS sendiri, termasuk dalam blog-blog pro pembangkang.

Kenapa begitu ?

Ada kumpulan dalam PAS yang diketuai Tok Guru Nik Aziz takut pada ugutan DAP, dan Hadi Awang sendiri juga takut kepada desakan-desakan kumpulan ini. Manakah motif perjuangan Hadi Awang yang sering melaungkan slogan menegak kebenaran dan menentang kebatilan.

Kalau sudah ada di kalangan kepimpinan PAS sendiri mengakui kebenaran idea kerajaan perpaduan, mengapa Hadi Awang takut menegak kebenaran ?

Apakah disebabkan takut hilang kedudukan dan kuasa, Hadi Awang lebih rela memasukkan diri ditengah-tengah golongan orang-orang MUNAFIK. Jadinya, sudah hilang prinsip Hadi Awang yang berjuangan serta berjihad ke jalan Allah.

Dek kerana kuasa dan kedudukan, Hadi Awang tunduk dengan kehendak-kehendak golongan yang menentang kerajaan perpaduan.

Kasihan Nasharudin Mat Isa, hasrat suci murni serta mengharapkan sokongan Presiden, nampaknya sokong membawa rebah………………

DAP ke yang layak jadi model Hadi Awang ?

Mari kita tengok cara DAP melayani parti-parti kesepakatan mereka :

Ahli PKR dipecat dalam MPSP (Majlis Perbandaran Seberang Prai), kerajaan Pulau Pinang memecatperkhidmatan Johari susulan tindakannya mengetuai usaha memulaukan majlis pelantikan Yang Dipertua MPSP, Mokhtar Mohd Jait awal bulan ini.

DAP langsung tidak menghurmati parti-parti yang bersekutu untuk mengambil sesuatu tindakan, Ketua Penasihat PKR Anwar juga terus membisu, apa lagi dengan kepimpinan PAS, lagi kecut hendak membantah tindak tanduk yang dibuat DAP bila sudah diberi kuasa.

Apa DAP buat kepada kaum India di Pulau Pinang…….

Penduduk Kampung Buah Pala, Bukit Gelugor di sini hari ini kecewa dengan tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang disifatkan cuba melarikan diri dan enggan bertemu mereka bagi menyelesaikan isu yang membelenggu kampung itu.

Lebih 200 penduduk kampung mula berkumpul secara aman di pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini pada pukul 4 petang.

Sebuah perkampungan yang juga dikenali dengan nama High Chappral berusia lebih 100 tahun, penduduknya tidak dapat pembelaan yang sewajarnya di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Kemana perginya slogan dan manefisto DAP yang dilaung-laungkan dalam PRU 12 ?

Sudah 100 tahun dan lebih 50 tahun dibawah pemerintahan UMNO/BN, penduduk di kampong tersebut tidak pernah diusir…………. Kerajaan DAP yang baru setahun memerintah telah merobohkan tapak Kampung Buah Pala di Pulau Pinang yang kini dimajukan untuk membina 490 unit kondominium ‘The Oasis’.

Kemana perginya pejuang-pejuang nasib rakyat dari PKR ?

Baru sebentar tadi, Pengerusi DAP Kedah memutuskan untuk keluar dari gabungan Pakatan Rakyat negeri itu kerana membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star oleh Majlis Bandaraya Alor Star.

Tengoklah tu, bila terkena pada tempat kepentingan DAP, tanpa rasa segan dan hurmat pada Kerajaan PAS Kedah, terus sahaja istihar keluar dari kerajaan pakatan rakyat.

Dapat kah PAS mempertahankan tindakan yang telah di buat? Inikah model yang dijadikan contoh oleh Hadi Awang dan PAS ?

Kepada pengundi-pengundi DUN Manek Urai, mari kita perhatikan bagaimana kerajaan PAS Kelantan telah tunduk dan akur dengan kehendak-kehendak DAP.

Apa jawapan Kerajaan PAS Kelantan di dalam Dewan Negeri, di atas pertanyaan Datuk Abd Aziz Derashid (BN-Kuala Balah) mengenai “ kenapa kerajaan negeri membenarkan penduduk luar Kelantan bukan Melayu memiliki tanah dalam kawasan Melayu tetap “.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan diberitahu, penduduk luar Kelantan bukan Melayu dibenarkan memiliki tanah di kawasan penduduk Melayu tetapi berdasarkan beberapa syarat yang dibenarkan kerajaan negeri.

“Namun dalam satu-satu projek tertentu anjuran kerajaan atau badan-badan kerajaan yang difikir perlu atau penting oleh kerajaan berbuat demikian atas sebab-sebab tertentu, kerajaan negeri boleh memberi pertimbangan khusus.

“Pindah milik bagi tanah luar rizab Melayu kepada bukan Melayu yang bukan anak Kelantan tidak boleh dipertimbangkan, tetapi bagi kes dan sebab tertentu permohonan boleh dipertimbangkan khusus dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat negeri, Datuk Anuar Tan.

Di sini sudah jelas dan nyata bahawa PAS akan mengadaikan tanah rezab Melayu untuk menjaga kepentingan DAP dengan alasan tanah-tanah rezab Melayu untuk pembangunan projek anjuran kerajaan atau badan-badan kerajaan.

Betul ke ?

Tidak kah projek yang dinamakan atas pembangunan kerajaan beransur-ansur berpindahmilik kepada pihak bukan bumiputera ?

Begitulah putar belit PAS yang kononnya berjuang atas nama Islam, menggadaikan bangsa. Penduduk Manek Urai wajib menolak PAS demi maruah bangsa dan agama.

Dipetik dari blog Yang Gambi

0 comments:

Post a Comment