Anwar: Saya akan berpisah dengan DAP

Sikap talam dua muka Anwar Ibrahim terserlah apabila baru-baru ini beliau telah menjanjikan dua perkara yang berlainan kepada dua golongan yang berbeza iaitu kaum Cina dan kaum Islam.

Akhbar Sin Chew dan Malaysian Insider melaporkan :-

The fiery orator had earlier admitted to troubles creeping up on the fledgling three-party alliance.

Tetapi beliau cuba mengalihkan tahap keterukan itu dengan mengatakan ianya 'satu atau dua masaalah' sahaja dan kononnya ada lorong terbuka di antara parti PKR, parti sekular DAP dan parti Islamik PAS.

Kepada orang ramai bukan Islam di dalam dewan, Anwar mengatakan bahawa beliau baru sahaja mengadakan perbincangan 2 hala dengan DAP Lim Kiat Siang dan Lim Guan Eng sebelum pergi ke Perak, dan akan bercakap dengan PAS DS Hadi Awang dan nombor 2 tidak lama lagi

He added the alliance leadership will be meeting next Thursday. (10 September 2009).

Hairannya, beliau memberi sedikit tetapi memberitahu mesej yang berlainan kepada orang ramai majoriti Melayu-Muslim di Surau NurulHuda di Batu 6 sejam selepas itu!

"Saya akan berpisah daripada DAP," beliau berjanji dengan ramai muslim lelaki yang berserban yang duduk sebagai penonton, jika parti sekular itu mempersoalkan kedudukan Bahasa Melayu, kuasa raja-raja Melayu, hak keistimewaan bangsa Melayu dan agamanya.


Kita tentu menggelengkan kepala melihat gelagat Anwar Ibrahim yang memutarbelitkan sentimen kepercayaan penyokong beliau sendiri.

Betulkah Anwar Ibrahim mahu berpisah daripada DAP seperti yang beliau janjikan di surau NurulHuda, tempat ibadat yang suci lagi mulia?

Apakah Anwar Ibrahim hanya sekadar menyedapkan hati penyokong-penyokong Islam beliau yang semakin hari semakin tawar hati dengan aktiviti beliau yang semakin kerap bersekongkol dengan parti 'langkah mayatku dulu' DAP?

Anwar Ibrahim telah berjanji akan berpisah dengan DAP dengan syarat-syarat yang beliau sendiri letakkan dan seperti yang kita ketahui, parti DAP telah melanggar beberapa syarat itu!Dan beliau berani sungguh berbohong di dalam surau!

Apakah Anwar Ibrahim akan berpegang kepada janji beliau itu?

Atau, penyokong-penyokong beliau yang sebenarnya ditipu hidup-hidup dan bulat-bulat oleh si pengkhianat bangsa ini?

Malah, peristiwa protes pembinaan kuil yang berlaku di Selangor baru-baru ini dan ura-ura yang mengatakan akan berlaku perubahan parti politik di dalam kerajaan negeri Selangor jelas menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim sebenarnya tidak mampu untuk membendung dan menasihati kroni-kroni politik beliau di Selangor.

Anwar Ibrahim juga sebenarnya tidak boleh duduk diam melihat situasi politik yang semakin meruncing di Selangor. Beliau tahu bahawa beliau sedang mengira hari untuk menyaksikan kejatuhan kerajaan 'bidan terjun' Pakatan Rakyat di sana!

Malah situasi di Pulau Pinang di mana peniaga-peniaga kecil orang Melayu dianak tirikan dan ditendang keluar daripada tempat perniagaan mereka di masa bulan Ramadhan juga menunjukkan ketidakmampuan Anwar Ibrahim untuk menasihati pemimpin-pemimpin DAP Pulau Pinang.

Hakikatnya, parti DAP hanya memperalatkan Anwar Ibrahim untuk kepentingan politik mereka sahaja. Anwar Ibrahim bakal seperti hampas kelapa yang akan dibuang begitu sahaja apabila santannya sudah diambil!

Apakah kita masih tidak nampak dan buta hati?

0 comments:

Post a Comment