'Demand' pertama Kelab Penyokong PAS Kelantan : Adakah alat Husam larang golongan ulama berkempen PRK Manek Urai?

Aku teringat bila KJ menang dalam pemilihan ketua pemuda dulu ada yang desak beliau jangan datang Bukit Gantang. Kali ini pulak, Kelab Penyokong PAS (KPP) Kelantan meminta pemimpin PAS yang menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan, supaya tidak menyertai kempen parti itu dalam pilihanraya kecil DUN Manik Urai pada 14 Julai ini.

Tapi kita dah nampak peranan KPP ni dalam PAS.. mereka ni alat orang PAS Kelantan... Husam mungkin yang tidak mahu golongan ulama' yang dah menang dalam pemilihan PAS yang lalu datang. Istilah Kerajaan Perpaduan hanyalah helah sahaja sebenarnya ianya ialah pertentangan yang berterusan antara golongan Erdogan dan Ulama di dalam PAS! Inilah sebenarnya dendam Husam terhadap Ulama'.

Timbalan Presidennya, Yap Kok Seng berkata ini kerana penglibatan sesetengah pemimpin itu hanya akan mengelirukan pengundi dan penyokong PAS di kawasan itu berhubung isu berkenaan, lapor Bernama.

"Kami Kelab Penyokong PAS tidak mahu pemimpin yang bersetuju dengan pembentukan kerajaan perpaduan itu turut berkempen dalam pilihanraya DUN Manik Urai kerana ia boleh mengelirukan rakyat, khasnya pengundi PAS kawasan itu jika mereka memperkatakan isu itu.

"Jadi, lebih baik mereka jangan datang berkempen dalam masa kempen pilihanraya DUN Manik Urai kali ini," katanya.

Sepatutnya cadangan ni bukan setakat nak larang penyokong kerajaan perpaduan tetapi cadang juga kenalah larang Presiden PAS, Timbalan Presiden, S/U Agung PAS tak payahlah datang. Kalau kira susah sangat PAS tak payahlah bertanding jadi mereka ni tak perlu datang ke Manik Urai.. ataupun penyokong ulama ni tak payahlah keluar mengundi... - Aspirasi Bangsa

2 comments:

YANG GAMBI said...

As'kum,terima kasi kerana melawat blg kawan.

Sebenarnya puak-puak erdogan PAS, PKR dan DAP takut sangat jika PAS benar-benar menwujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO. Mereka bimbang hilang pengaruh untuk menguasai negara seterusnya tidak dapat menjatuhkan Melayu.

Nafsu besar pemimpin-pemimpin PKR dan DAP sudah tiak dapat dibendung lagi, sebab itu sifat-sifat buruknya mereka terkeluar dengan sendiri.........

darul ehsan today (det) said...

mari kite maki anwar ramai-ramai....

cheers bro.

Post a Comment