PAS telah dicemari

Seperti yang saya katakan terdahulu, itulah sebabnya mengapa saya katakan Perjuangan Pas telah dicemari oleh pendokong2 "Doktrin Pas" dan Pas (yang ada sekarang)juga adalah suatu parti yang mengamalkan "Asabiyyah Kepartian".

Sebab itulah saya membawa isu itu dulu. Sebagai seorang individu Muslim, memang sedih apabila melihatkan perkara ini berlaku. Maklumlah Pas didokong oleh ramai Sarjana2 Islam dan sebagai seorang Islam kita memang menghormati para ilmuan Islam.

Pandangan saya ini pasti akan dikritik dan dipandang serong oleh kebanyakkan umat Islam di luar sana tapi percayalah bahawa masa akan membuktikanya.

Umno pernah dikafirkan oleh Pas, dendam lama telahpun menjadi dendam kesumat sehinggakan mereka lebih redha bersama2 satu saf dengan bukan Islam yang secara terang2an menolak Hudud, daripada duduk berbincang dengan Umno rakan seIslam mereka.

Kita umat Islam ditegah untuk tidak bertegur sapa selama 3 hari berturut2 dengan saudara seagama dan bukannya menyimpan perasaan dendam.

Umno yang telah banyak menyumbang ke arah menerapkan nilai2 Islam juga pernah dibaratkan sebagai taghut oleh TG Hj. Hadi dan yang terbaru diumpamakan sebagai "Firaun" oleh Ustaz Hj. Nasruddin Hassan At-Tantawi.

Lihat lah kembali kepada pertubuhan "Darul Arqam" walaupun niat penubuhanya molek, perlaksanaan strategi perniagaannya baik tetapi akidah mereka juga pernah tersasar. Ini juga boleh terjadi kepada kita semua, tidak kira pada Pas maupun Umno.

Marilah kita sama2 merenung kembali apa yang telah kita lakukan dan sama2 lah kita cuba untuk menuju kepada perdamaian dan penyatuan ummat.

Yang penting walau apapun harganya "Melayu/Islam Mesti Bersatu!!!!!

Comment Pembaca.

0 comments:

Post a Comment