DUN Perak Bersidang atau Dibubarkan?


Jika sebelum ini tanpa hujan dan ribut SPR menggeluarkan notis semakan daftar pemilih hanya di Perak, malam ini pula sedang berlangsung majlis perasmian 1Malaysia oleh Datuk Seri najib Tun Razak di Stadium Perak.

Siang tadi najib mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin Umno Perak dan kemudian mengadap Sultan Perak di Istana Kinta.

Apa maknanya tu? Semua ini jelas bahawa Dun Perak sudah semakin pasti untuk dibubarkan.

Najib tidak ingin krisis Perak berlarutan. Semakin lama impaknya terlalu negatif kepada kerajaan Najib. Biarlah rakyat menentukan semula siapa yang patut memerintah Perak. 200 hari Najib telah terlangkaui. Konsep Najib telah mula meresap pada sanubari rakyat, tidak terkecuali di Perak.

Keputusan PRK Bagan Pinang menggambarkan bahawa konsep 1Malaysia Najib mula diterima. Jangan tunggu lagi Adam Malik Kata: Timpah lah Besi selagi Panas, agar mudah dilentur.

Adalah dijangkakan DUN Perak akan dibubarkan sebelum Mahkamah Persekutuan membuat keputusan mutlak siapa Menteri Besar Perak yang sah pada 5 November ini.i

0 comments:

Post a Comment