Belina Shop

Azmin Ali Hina Pengundi Bagan Pinang

Penulis sangat meluat dengan kenyataan Azmin Ali, pemimpin PKR yang menghina pengundi-pengundi di Bagan Pinang. Kenyataan ini disiarkan di dalam Rocky Bru.

Kata beliau:-

Dunia hari ini mendapat jawapan yang jelas bahawa UMNO menghalalkan rasuah dan rakyat Malaysia ( atau sekurang-kurangnya pengundi-pengundi di Bagan Pinang ) mendewa-dewakan Sang Perasuah.

Pada mulanya penulis mahu menolak ke tepi kenyataan Azmin Ali yang ternyata tidak dapat menerima kenyataan di atas kekalahan Pakatan Rakyat di Bagan Pinang tetapi kenyataan beliau terlalu menyakitkan hati penulis teruatamanya apabila beliau mula menghina penduduk Bagan Pinang!

Realitinya, kenyataan di dalam blog beliau ternyata menunjukkan kebodohan dan keangkuhan beliau. Penulis tidak sangka ada juga manusia yang bernama Azmin Ali di dalam dunia ini yang memandang rendah rakyat Malaysia!

Pilihanraya kecil Bagan Pinang telah dijalankan dengan telus dan adil tanpa berlakunya manipulasi di sebarang pihak. Keputusannya adalah suara rakyat Bagan Pinang yang majoritinya menyokong kepimpinan TS Isa Samad.

Azmin Ali sanggup memberi komen seolah-olah penduduk Bagan Pinang itu bodoh dan bangang serta tidak tahu untuk memilih di antara intan dan kaca. Lebih 8,000 pengundi Bagan Pinang dianggap tidak bijak ketika membuat pilihan.

Kepada Azmin Ali, cermin diri anda itu dahulu sebelum mengutuk orang lain terutama penduduk-penduduk Bagan Pinang.

Mulut anda terlalu celupar dan biadap serta tidak tahu untuk menahan diri daripada memberi komentar-komentar yang boleh menyakitkan rakyat Malaysia dan penduduk-penduduk Bagan Pinang.

Azmin Ali masih mencoretkan cerita lama Isa Samad padahal penduduk-penduduk Bagan Pinang telah lama memaafkan kesalahan Isa Samad dengan mengundi beliau. Mereka memilih pemimpin yang mampu menjadi wakil suara mereka dan Isa Samad telah terbukti sebelum ini.

Apakah maksud beliau iaitu 'mendewa-dewakan'?

Setahu penulis, beliaulah yang sebenarnya mendewa-dewakan Anwar Ibrahim sehinggakan perbuatan Anwar Ibrahim yang melanggar undang-undang, tertutup begitu sahaja.

Penulis amat kecewa dan mengutuk kebodohan Azmin Ali ini!

Dan jika beginilah tindak tanduk pemimpin-pemimpin pembangkang yang sour grape, tidak menerima kenyataan dan memperbodohkan hak pengundi-pengundi, penulis pasti mereka itu akan ditolak di pilhanraya yang seterusnya!

0 comments:

Post a Comment