Belina Shop

Surat Perletakan Jawatan Adun Selangor

Khabar yang diterima tengah malam tadi mengatakan semua Adun PKR dan DAP Selangor telah diarahkan hadir ke Kediaman Rasmi MB Selangor di Shah Alam. Kecuali dua Adun PKR dan satu Adun DAP yang tidak hadir.

Mereka yang tidak hadir ialah Adun Kajang dan Adun Bukit Melawati daripada PKR serta Adun Teluk Datuk daripada DAP. Mereka masih menghilangkan diri. Manakala Adun Batu Caves yang menghilangkan diri beberapa hari lalu muncul di kembali disana.

Kesemua Adun yang hadir dipaksa menandatangi surat perletakan jawatan tanpa tarikh sebagai Adun, jika mereka keluar parti dan satu surat akuan bersumpah tanpa tarikh yang mengatakan mereka meletak jawatan dengan rela hati.

Selama ini mereka hanya menandatangi surat perletakan jawatan tanpa tarikh sekiranya mereka melompat masuk BN.

Bimbang kejadian di Perak dan Lunas berulang, maka Anwar dan Lim Guan Eng membuat tambahan satu surat lagi. Masuk BN, letak jawatan. Keluar parti (bebas) juga dikira letak jawatan. Dan ditambah lagi dengan akuan bersumpah,sebagaimana yang pernah dilakukan ke atas bekas Adun Bukit Selambau dan Penanti.

Saya difahamkan berlaku sedikit kekecohan, apabila Adun Kota Alam Shah, M.Manoharan dari DAP enggan menandatangan surat berkenaan. Apa kesudahannya belum dapat dipastikan. Manoharan enggan tandatangan kerana beliau merasakan dirinya sebagai seorang Adun telah diperbodohkan oleh pemimpin atasan demi kepentingan diri mereka.

Selain daripada dipaksa menandatangani surat berkenaan, Adun-Adun yang hadir juga 'ditayangkan' wajah-wajah gangstar dan mafia yang ganas, dengan tujuan menakut-nakutkan mereka.

Hebatnya penangan politik dalam PKR dan DAP. Saya pun tidak tahu apa istilah lagi yang boleh dipakai untuk mereka,selain daripada istilah kuku besi.

Yang peliknya Adun-Adun PAS tidak hadir ke majlis berkenaan. Saya difahamkan Pesuruhjaya PAS Selangor tidak membenarkan mereka hadir kesana. Kenapa, saya tidak pasti. Saya akan cuba cari info.

Walau apa pun yang Anwar cuba buat terhadap Adun-Adun nya, yang pasti Selangor kerajaan PRK Selangor tetap tumbang. Hanya masa yang menentukannya. - rbf

6 comments:

Arif Omar said...

nak padam dah krajaan pr ini. lubang kubur pun PG dah sediakan. Al fatihah untuk mereka semua

Anonymous said...

muga2 mnejadi realiti

Kuda Perang said...

Tengok je lah nanti...

Sharps Shooters said...

dah gali kubur utk dorang? bagus2. tak sabar nak tanam.

Sharps Shooters said...

mesti menjadi realiti.

Sharps Shooters said...

sambil2 tengok tu berbuka la yer.. hahahaha!

Post a Comment