Belina Shop

Pakatan Rakyat Kedah Hancur Lagi

Apa kah ini yang dikatakan reka menanti pecah. Para pemimpin PKR satu per satu keluar parti kerana dikatakan hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan.

Adun Lunas Mohd Radli Salleh keluar PKR dan mengistiharkan dirinya sebagai ADUN Bebas. Sementara itu Ketua Bahagian PKR Pedang Serai Jamaludin Abu Hassan mengistiharkan keluar PKR dan seterusnya membubarkan bahagian tersebut.

Tidak dapat dipastikan penyebab apa kedua-dua pemimpin PKR ini keluar parti, kerana telah ,menjadi kebiasan para pemimpin parti itu, apabila ada pilihanraya kecil, ada sahaja yang berlakon sebagai pemberontak, akan tetapi semua itu adalah sandiwara, apabila PRK akan melabuhkan tirainya, mereka akan bersatu semula.

Ada kemungkinan kali ini benar-benar berlaku, kerana para pemimpin ini telah yakin benar bahawa puncuk pemimpin PKR bermasalah. Jika demikian halnya, ada lagi kah pemimpin PKR akan ikut jejak, sama-sama kita tunggu pekekembangannya.

Akan tetapi Permainan Pakatan ini, telah berulang kali berlaku, sedikit masa dulu, DAP mengistiharkan dirinya Adun bebas, berberapa hari kemudian, tarik balik, kerana kerajaan PAS Kedah Patuh kepada demand Dap! kerana itu, bagi pengamat politik PKR atau Pakatan, jangan mudah terperangkap! terlalu banyak keganjilan mudah berlaku.

3 comments:

YANG GAMBI said...

salam,

Kebenaran telah berpihak kepada UMNO, InsyaAllah akan lebih banyak lagi akan mengikutinya....

Sharps Shooters said...

tetapi tidak semudah itu. pakatan rakyat ini suka buat gimik. kita tunggu sedikit masa lagi untuk memastikan perkara ini benar2 sahih dan ianya bukan gimik semata2 untuk meraih sokong pengundi terhadap pakatan rakyat khususnya PAS di permatang pasir

YANG GAMBI said...

Salam Merdeka,

Semoga Allah melindungi tanah air kita dari pengkhianat bangsa dan agama.

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

Post a Comment