Belina Shop

DUN Perak Bersidang atau Dibubarkan?


Jika sebelum ini tanpa hujan dan ribut SPR menggeluarkan notis semakan daftar pemilih hanya di Perak, malam ini pula sedang berlangsung majlis perasmian 1Malaysia oleh Datuk Seri najib Tun Razak di Stadium Perak.

Siang tadi najib mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin Umno Perak dan kemudian mengadap Sultan Perak di Istana Kinta.

Apa maknanya tu? Semua ini jelas bahawa Dun Perak sudah semakin pasti untuk dibubarkan.

Najib tidak ingin krisis Perak berlarutan. Semakin lama impaknya terlalu negatif kepada kerajaan Najib. Biarlah rakyat menentukan semula siapa yang patut memerintah Perak. 200 hari Najib telah terlangkaui. Konsep Najib telah mula meresap pada sanubari rakyat, tidak terkecuali di Perak.

Keputusan PRK Bagan Pinang menggambarkan bahawa konsep 1Malaysia Najib mula diterima. Jangan tunggu lagi Adam Malik Kata: Timpah lah Besi selagi Panas, agar mudah dilentur.

Adalah dijangkakan DUN Perak akan dibubarkan sebelum Mahkamah Persekutuan membuat keputusan mutlak siapa Menteri Besar Perak yang sah pada 5 November ini.i


Read More

Azmin Ali Hina Pengundi Bagan Pinang

Penulis sangat meluat dengan kenyataan Azmin Ali, pemimpin PKR yang menghina pengundi-pengundi di Bagan Pinang. Kenyataan ini disiarkan di dalam Rocky Bru.

Kata beliau:-

Dunia hari ini mendapat jawapan yang jelas bahawa UMNO menghalalkan rasuah dan rakyat Malaysia ( atau sekurang-kurangnya pengundi-pengundi di Bagan Pinang ) mendewa-dewakan Sang Perasuah.

Pada mulanya penulis mahu menolak ke tepi kenyataan Azmin Ali yang ternyata tidak dapat menerima kenyataan di atas kekalahan Pakatan Rakyat di Bagan Pinang tetapi kenyataan beliau terlalu menyakitkan hati penulis teruatamanya apabila beliau mula menghina penduduk Bagan Pinang!

Realitinya, kenyataan di dalam blog beliau ternyata menunjukkan kebodohan dan keangkuhan beliau. Penulis tidak sangka ada juga manusia yang bernama Azmin Ali di dalam dunia ini yang memandang rendah rakyat Malaysia!

Pilihanraya kecil Bagan Pinang telah dijalankan dengan telus dan adil tanpa berlakunya manipulasi di sebarang pihak. Keputusannya adalah suara rakyat Bagan Pinang yang majoritinya menyokong kepimpinan TS Isa Samad.

Azmin Ali sanggup memberi komen seolah-olah penduduk Bagan Pinang itu bodoh dan bangang serta tidak tahu untuk memilih di antara intan dan kaca. Lebih 8,000 pengundi Bagan Pinang dianggap tidak bijak ketika membuat pilihan.

Kepada Azmin Ali, cermin diri anda itu dahulu sebelum mengutuk orang lain terutama penduduk-penduduk Bagan Pinang.

Mulut anda terlalu celupar dan biadap serta tidak tahu untuk menahan diri daripada memberi komentar-komentar yang boleh menyakitkan rakyat Malaysia dan penduduk-penduduk Bagan Pinang.

Azmin Ali masih mencoretkan cerita lama Isa Samad padahal penduduk-penduduk Bagan Pinang telah lama memaafkan kesalahan Isa Samad dengan mengundi beliau. Mereka memilih pemimpin yang mampu menjadi wakil suara mereka dan Isa Samad telah terbukti sebelum ini.

Apakah maksud beliau iaitu 'mendewa-dewakan'?

Setahu penulis, beliaulah yang sebenarnya mendewa-dewakan Anwar Ibrahim sehinggakan perbuatan Anwar Ibrahim yang melanggar undang-undang, tertutup begitu sahaja.

Penulis amat kecewa dan mengutuk kebodohan Azmin Ali ini!

Dan jika beginilah tindak tanduk pemimpin-pemimpin pembangkang yang sour grape, tidak menerima kenyataan dan memperbodohkan hak pengundi-pengundi, penulis pasti mereka itu akan ditolak di pilhanraya yang seterusnya!


Read More

PAS Frust Menonggeng!



PAS masih bengap dan tidak dapat menerima kenyataan bahawa PAS mengalami kekalahan yang teramat amat amat amat amat amat teruk sekali. Jauh lebih teruk daripada jumlah majoriti mereka menewaskan calon-calon Barisan Nasional di pilihanraya kecil kawasan lain. Apabila mereka tidak dapat menerima kenyataan ini, sehingga hari ini mereka tidak mengisytiharkan kemenangan Tan Sri Isa Samad sebaliknya menuduh rakyat di Bagan Pinang lebih menyokong calon yang mengamalkan rasuah. Inilah dia PAS yang terkutuk dan sampai hari inilah juga membuktikan bahawa PAS tidak mampu membentuk atau mengambil alih kerajaan pusat jikalau mereka berterusan bodoh sebegini rupa.

Cantik diluar paras rupa tetapi di dalam mereka, busuk sebusuk busuknya dan jauh lebih busuk daripada segala bangkai-bangkai yang ada di atas muka bumi ini. Sifat-sifat sebegini tidak seharusnya ada dalam PAS, tetapi apa yang kita semua ketahui kini, PAS memang busuk punya parti. Terlalu busuk untuk disokong, terlalu busuk untuk diundi dan terlalu busuk untuk didekati kerana mulut penceramah mereka busuk seperti longkang ataupun loji kumbahan najis babun. Terima kasih.


Read More