Belina Shop

Pemimpin Yang SUKA Menyalahkan Orang Lain


seorang pemimpin yang hanya pentingkan diri sendiri dan impian untuk jadi perdana menteri, sanggup mengadai maruah bangsa, agama dan negara. Jangan kita biarkan ini terjadi

Pihak pembangkang begitu bijak mengambil segala kesempatan. Memanupulasi segala keadaan tanpa memikir dan mempertimbangkan apakah akibat yang akan diterima oleh rakyat dan kerajaan. Bagi mereka segalanya yang mereka lakukan adalah wajar dan halal. Mereka telah menanamkan sifat demikian kepada semua penyokongnya. Soalnya apakah kita sedar bahawa DSAI adalah seorang pemimpin yang kononnya memperjuangkan rakyat namun setiap masa menjadikan rakyat sebagai perisai dan benteng pertahanannya. Beliau bukan berjuang untuk rakyat tetapi mempergunakan rakyat untuk berjuang untuk dirinya.

Berikit adalah posting dari blog seorang sahabat dari Pahang, yang sesekali patut juga kita baca tulisannya yang tidak kurang menarik. Ini saya ambil dari blog amincenor.

Nampaknya suasana menjadi kecoh apabila seorang pembantu khas kepada seorang exco di selangor telah didapati mati selepas disoal siasat oleh pegawai SPRM. Dan yang menjadikannya lebih dramatik apabila mayatnya dijumpai di tepi bangunan SPRM yang dipercayai jatuh, terjatuh ataupun dijatuhkan. Walaupun penglibatan pegawai SPRM boleh lah dikatakan hampir 90% tidak akan terlibat. Namun persepsi rakyat boleh manipulasikan dan ini adalah kepakaran PR dalam memainkan persepsi negatif terhadap SPRM.

Tanpa menunggu masa yang panjang seolah-olah seperti penagih dadah mendapat dadahnya maka pemimpin PKR dan DAP dengans serta merta membuat demonstrasi ni Pejabat SPRM ( demokrasilah katakan). Dengan di ketuai oleh Menteri Besar Selangor , Tan Sri Kahlid penyokong PKR dan DAP lebih bersemangat lagi mengutuk SPRM dihadapan pejabat mereka. Perkataan seperti Hancur SPRM dan Jahaman SPRM ( macam Abu Jahal ngutuk Nabi SAW dulu....kiasan sahaja) di depan kaabah ketika Nabi SAW dan para sahabat beribadat dan berdakwah di kota Mekah. Alhamdulillah yang benar pasti akan datang mengatasi kegelapan dan penipuan.

Tentu sahaja ketika ini pihak polis terpaksa bekerja keras untuk memastikan kes ini selesai dengan cepat supaya persepsi negatif kepada agensi kerajan ( Oppss..Suruhanjaya ) seperti SPRM ini tidak menjadi mangsa mainan politik pembangkang. Walaupun sekuat mana pegawai SPRM menghina UMNO dan Kerjaan BN di pusat ketika menyiasat ahli UMNO/BN tetapi tidak pernah UMNO/BN cuba untuk bekonfrantasi dengan suruhanjaya kerajaan seperti SPRM ni. Ingatkan apabila pembangkang bersetuju menubuhkan SPRM dulu maka mereka tetapi akan membelanya tetapi ibarat melepaskan anjing tersepit , sudah dilepaskan digigitnya pula.

Banyak juga komplen yang kita dengar mengenai cara siasatan SPRM yang tidak begitu disenangi oleh rakyat dan juga pegawai kerajaan yang lain. Tetapi kuasa besar yang ada pada mereka menjadikan mereka kelu dan tidak tahu untuk mengadu kepada sesiapa berkenaan perka ini. Perkataan seperti "aku lebih berkuasa dari polis", "aku hanya ikut KYDMM Agong bukannya Perdana Menteri" , serta penghinaan dan ugutan semasa soal siasat juga mempengaruhi emosi mangsa( ...mungkin). Tetapi kita juga tidak boleh menolak dua faktor lagi iantu kemalangan dan kecuaian sendiri dan satu lagi ialah konspirasi politik oleh orang tertentu untuk memastikan rahsia mereka yang ada pada Teoh beng Hock di dibocorkan pada orang lain. Dalam dunia yang serba moden apa sahaja boleh berlaku dan tiada yang mustahil.

Sesungguhnya saya percaya bahawa Allah SWT paling berkuasa dan dia juga berkuasa untuk menguji seseorang itu. Mungkin kerana seseorang sentiasa memohon supaya dia diangkat jadi pemimpin dan mengutuk pemimpin sebelumnya maka dia gagal menghadapinya. Tan Sri khalid sebagai Orang Nombor satu di Selangor sepatutnya bertanggungjawab kepada keamanan dan agensi kerajaan di bawahnya tetapi beliau sebaliknya terpengaruh dengan permainan politik DAP yang cuba menghuru-hara negara yang aman damai supaya dapat mengambil alih kerajaan Islam yang ada ketika ini.

0 comments:

Post a Comment