Belina Shop

Dap Hanya Sekadar Nasi Tambah

Written by Anuar Mohd Nor baca dan komen di www.umno-reform2. com
Friday, 03 July 2009

Terminologi nasi tambah di lemparkan kepada DAP. Mungkin nasi tambah pun tidak menunjukkan partisipasi kuat DAP sebagaimana kekuatan yang ada pada Parti Keadilan Rakyat atau PAS. Mungkin DAP hanya hadir atas kekuatan yang lain-kekuatan Melayu yang menolak UMNO dan kekuatan penyokong PKR yang menyimpan dendam politik terhadap UMNO. Ini politik – tetapi politik ini mampu mengubah semua aspek politik termasuk hilangnya kedaulatan orang Melayu. Kedaulatan Melayu bukan hanya tersangkut kepada raja-raja Melayu tetapi kedaulatan hari ini meliputi semua aspek dan yang terpenting adalah kekuatan ekonomi. Peningkatan dalam ekonomi ini penting untuk memastikan kelangsungan hayat Melayu. Biarlah majoriti penduduk negara ini Melayu tetapi kalau kekuatan itu tidak dapat di bentuk khususnya dari sudut pegangan ekonomi maka majoriti menjadi minoriti dan ketuanan akan menjadi hamba di bumi sendiri.

Sedikit demi sedikit apa yang disebut sebagai ketuanan Melayu kini terhakis. Kalau perkatakan ketuanan Melayu menjadi satu terminologi sensitif maka amnya kedudukan Melayu sebagai rakyat bumiputera semakin meleset. Sudahlah kedudukan Melayu itu tercorot dalam ekonomi, kini kuasa politik juga seakan tergelincir dengan pengkhususan kita terhadap pentingnya undi kaum lain. Di mana letaknya Melayu selepas ini. Apakah rangsangan ekonomi yang dibuat oleh kerajaan dalam keadaan negara mengalami kemelesetan ini dapat membantu Melayu yang masih tertinggal? Adakah liberalisasi ekonomi yang mahu dijalankan oleh kerajaan dapat juga membantu Melayu dan meningkatkan partisipasi Melayu atau Melayu akan tetap berada pada tahap yang sama. Mungkin liberalisasi ekonomi ini memberi kesan jangka panjang yang positif buat ekonomi negara ini tetapi kesan langsung kepada Melayu itu sendiri perlu kita kaji.

Melayu juga perlu liberalisasi politik. Mereka perlu bebas dalam memilih dan tidak terkongkong dengan sekatan negativisme lantas membuat keputusan pemilihan yang salah. Mereka perlu mengelak sensasi dan berpijak kepada kebenaran. Melayu perlu bebas dari mengambil pendirian politik yang akan menyulitkan bangsa sendiri. Mereka perlu lebih terbuka dan lebih perlu menerima kepada kemungkinan penyatuan – membuka ruang dari menyempitkannya berbatas ideologi politik. Namun dalam semua ini – yang penting ialah sikap Melayu itu sendiri. Perbincangan berhemah dan perbincangan berbentuk intelektual penting dari sikap yang hanya menerima berita sensasi politik yang semakin cenderung kepada metodologi perang saraf untuk merebut kuasa.

Apa pun bagi DAP mereka juga perlu cermin baik diri mereka dan sedar bahawa usaha untuk memalaysiakan Malaysia akan menyatukan Melayu pada sikap yang tidak positif. Ini harus dielakkan kerana penyatuan Melayu harus hadir bukan atas ancaman kaum lain tetapi atas dasar mengukuhkan apa yang dikatakan Melayu itu sendiri. Apa pun Melayu kena sedar terlebih dahulu bahawa – kedaulatan dan ketuanan semakin terkikis.

1 comments:

tempursakti said...

salam ziarah...sekali sekala mai lah singgah tengok web ni ....http://www.shamelin2u.com/maelkoprat.htm

mungkin ada kebaikan bersama.

Post a Comment