Belina Shop

Pas Alu-alukan Kedatangan MB Perak

AKHIRNYA pakatan pasrah dan mengakui Dato' Seri Dr Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak!

Itulah kesimpulan yang boleh dibuat apabila parti-parti dalam pakatan menggantungkan bendera mereka menyambut kehadiran Menteri Besar Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir ke Teluk Medan Bagan Serai pagi tadi.

Parti-parti pakatan, kecuali DAP, memacakkan bendera mereka tanda menyambut Dr Zambry yang hadir ke kampung itu untuk merasmikan Program Khidmat Masyarakat Siswa UiTM Seri Iskandar dan Belia 4B Bagan Serai pagi tadi.

Mungkin majoriti ahli dan pemimpin PAS sudah menerima kenyataan bahawa Dr Zambry adalah Menteri Besar dan Nizar Jamaluddin hanya boneka DAP. Jika tidak takkan mereka sanggup mengorbankan wang dan tenaga untuk menggantung dan mengibarkan bendera-bendera mereka pada hari kedatangan Dr Zambry. - Perak

0 comments:

Post a Comment