Belina Shop

Modus operandi ini sangat diminati oleh DS Anwar Ibrahim


Dr Novandri Hasan Basri

Penulis ingin merujuk kepada satu artikel di dalam MalaysiaKini mengenai satu kes jenayah persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii. Di antara lain :-

Jenayah seksual luar tabii dipecahkan kepada beberapa seksyen dengan hukuman yang berbeza :-

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 377 Kanun keseksaan, iaitu persetubuhan luar tabii dengan haiwan, hukumannya ialah penjara sehingga 20 tahun penjara dan denda atau sebatan.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 377A iaitu persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii sama ada melalui mulut dan dubur, hukuman ialah penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

Seksyen 377C merujuk kepada persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan dan pesalah boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan manakala Seksyen 377CA iaitu perhubungan seks dengan objek sama ada melalui dubur atau kemaluan, hukuman yang boleh dikenakan ialah penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Dan setahu penulis, pesalah boleh dikecualikan daripada hukuman sebatan jika seseorang pesalah itu mempunyai penyakit yang memudaratkan seperti sakit belakang atau sakit leher.

Rakyat biasa mungkin tidak menghadapi masaalah dengan sistem perundangan negara dan menerima segala keputusan mahkamah dengan rela hati tanpa menuduh mahkamah berat sebelah atau pun menipu.

Tetapi, pastinya ada segelintir rakyat yang tidak akan berbuat demikian. Sebelum kes mereka didengar di mahkamah, mereka akan melaung-laungkan kononnya berlaku ketidakadilan pihak mahkamah dan menuduh sistem tersebut tidak bebas.

Mereka juga akan mengatakan bahawa mahkamah telah menghukum mereka sebelum kes tersebut dijalankan lagi.

Modus operandi ini sangat diminati oleh DS Anwar Ibrahim, orang yang didakwa meliwat Saiful Bukhari. Beliau akan menekan sistem mahkamah sehingga mampu mewujudkan rasa ketidakyakinan pihak mahkamah terhadap diri sendiri dan juga lawan Anwar Ibrahim.

Mungkin bukan tidak percaya tetapi persepsi 'ketidakadilan mahkamah' yang dihujahkan oleh Anwar Ibrahim sebelum kes beliau bermula, terasa begitu menyengat dan boleh menjatuhkan kredibiliti pihak mahkamah!

2 finale yang bakal terjadi tentang kes liwat Anwar Ibrahim dan 2 respons yang berbeza akan diutarakan oleh beliau :-

1. Beliau didapati bersalah - Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang berita besar-besaran yang terdiri daripada pelbagai agensi media termasuk luar negeri. Di antara lain, beliau pasti akan menghina serta menuduh pihak mahkamah tidak adil, berat sebelah dan mengikut telunjuk kerajaan BN.

Beliau akan mengemukakan rayuan di mahkamah rayuan dan kes tersebut akan ditangguh dari masa ke semasa seperti yang berlaku hari ini. Tentunya, proses penangguhan itu akan berlarutan panjang sehinggalah jika tiba satu masa apabila Anwar Ibrahim diberi kuasa di dalam kerajaan dan menyalahkuasakan kuasa eksekutif untuk over ride sistem mahkamah yang satu ketika dahulu beliau tuduh di bawah telunjuk kerajaan BN. Tapi kita semua pun tahu bahawa masa itu tidak akan muncul tiba.

Janganlah kita terperanjat dengan kebolehan salahgunakuasa tersebut kerana Anwar Ibrahim pernah dipenjara bertahun-tahun lamanya kerana di dapati bersalah menyalahguna kuasa semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu.

Penyokong-penyokong Anwar Ibrahim akan mengadakan protes dan berarak di tengah jalan serta merosakkan harta awam.

DS Mohd Nizar Jamaluddin berkemungkinan akan mengulangi 'aksi sarkas' beliau di dalam parlimen dengan melaungkan 'Hidup Anwar' dan kemudiannya melilitkan kain bertulis 'Anwar Bukan Peliwat' di kepala beliau bersama-sama rakan pembangkang dan kemudiannya akan dihalau keluar dari dewan tersebut!

2.Beliau didapati tidak bersalah - Beliau akan memuji sistem mahkamah kerana transparens, berani dan telah mendengar suara rakyat.

Beliau akan melaung-laungkan bahawa kemenangan beliau tersebut adalah kemenangan rakyat pada hal beliau seorang sahaja yang meliwat dan bukannya kita, rakyat Malaysia!

Orang yang lupa daratan dan tidak mengenang budi seperti Zaid Ibrahim akan turut tampil ke depan memuji hakim-hakim tersebut dan mengatakan telah berlaku transformasi sistem perundangan yang lebih liberal dan cekap.

Karpal Singh yang satu ketika dahulu musuh politik Anwar Ibrahim dan pernah mendakwa mempunyai bukti kukuh tentang aktiviti luar tabii Anwar Ibrahim, akan senyum lebar kerana undang-undang negara dapat dimanipulasikan sekali lagi dengan jayanya.

Penyokong fanatik Anwar Ibrahim akan bersorak euphoria kerana pemimpin mereka itu berjaya 'dibersihkan' oleh sistem undang-undang yang dicipta oleh manusia yang terkenal dengan kelemahannya.

Mereka sudah lupa bahawa Anwar Ibrahim telah memperlekehkan Islam dengan tidak mengangkat sumpah seperti Saiful Bukhari. Beliau tahu bahawa sistem ciptaan manusia banyak loop holes nya dan tidak berdosa seteruk menggunakan sistem agama Islam.

Mereka juga sudah lupa bahawa Anwar Ibrahim pernah berbohong kepada dunia bahawa doktor di Hospital Pusrawi telah mengesahkan bahawa Saiful tidak diliwat padahal doktor tersebut tidak pernah langsung menulis diagnosis tersebut. Ramai yang tertipu sehinggalah ke hari ini. (klik di sini...)

Dan beliau juga tahu bahawa beliau mempunyai ramai pengikut fanatik yang tidak akan berubah hati walau pun Anwar Ibrahim bersalah di depan mata mereka. Pengikut-pengikut itu sudah tidak mahu lagi dibawa berbincang atau pun membuka minda mereka untuk menilai karakter sebenar Anwar Ibrahim dan kehadiran pembantu-pembantu beliau yang 'jambu-jambu'.

Pokoknya, Anwar Ibrahim akan terus wujud di dalam senario politik negara untuk lama lagi. Dan jika rakyat sudah mula melupai beliau, beliau akan mengeluarkan topik-topik kontroversi supaya rakyat kembali bercerita dan mengingati beliau.

Canggih tektik beliau itu tapi sudah mula mudah dibaca oleh rakyat Malaysia yang boleh berfikir.

Sumber Novandi

0 comments:

Post a Comment